Dua tiga hari ini, media pencacai bawah kawalan Umno terus meroyan dengan isu Perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah mencipta kejayaan gemilang pada 09 Jul (Sabtu) baru-baru ini. Paling memperlihatkan susah hati dan tidak tenteram semestinya Najib dan Muhyiddin kerana usaha mereka untuk melihat kumpulan BERSIH gagal menjejakkan kaki ke Ibu Kota pada hari tersebut ternyata gagal.
Apa pun, syabas buat kumpulan Patriot yang dipimpin oleh Ketua Pemuda Umno, KJ. Patriot dilihat sedikit `jantan' daripada Perkasa dan juga Pertubuhan Silat yang mengikut Omar Din. Perkasa di bawah Ibrahim Ali ketika BERSIH memasuki Ibu Kota, kumpulan mereka dikatakan berada di dalam sebuah restoren sambil menonton liputan BERSIH melalui TV. Sebelum ini, bukan main hebatnya Ibrahim Ali memberi amaran kepada BERSIH.
Anak Tun Mahathir, Marina turut sokong BERSIH ?
Begitu juga dengan kumpulan silat Omar Din. Berdegar-degar di dalam TV sebelum ini mahu berada di barisan hadapan semasa perhimpunan BERSIH. Mungkin mereka hadir dengan puluhan ribu pesilat tetapi kita tidak dapat melihat mereka kerana kesemuanya menggunakan `ilmu ghaib. '
Patriot memang hebat walaupun dilaporkan hanya seramai 300 orang. Di dalam jumlah tersebut, kita keliru mana satu berbangsa Melayu dan mana satu berbangsa `Bangla.' Apabila kumpulan mereka terkena juga semburan air dan gas, bertempiaran mereka lari sehinggakan ada yang terus mencampakkan bendera Jalur Gemilang malahan ada yang memijak bendera tersebut. Kita faham, mereka bukan biasa dengan semburan seperti itu. Apatah lagi, berbaloikah `bayaran' yang diterima untuk merasai `nikmat' semburan tersebut?
Keadilan Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pejuang BERSIH terutamanya dari Pahang yang sanggup datang ke Ibu Kota baru-baru ini. Media menyebut peserta BERSIH dibayar. Itulah hujah yang mereka ada untuk menutup malu mereka. Apa yang penting, tiada senjata parang, tiada molotov coktail, tiada kenderaan yang dibakar atau bangunan yang rosak sepanjang perhimpunan tersebut. Sekali lagi mereka gagal buktikan kepada rakyat bahawa BERSIH itu ganas, sebaliknya seorang peserta BERSIH telah meninggal dunia angkara kezaliman puak mereka.
Mudah-mudahan Allah menempatkan roh beliau di tempat golongan orang-orang yang Soleh, AL-FATIHAH.
No comments:
Post a Comment