KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, July 14, 2011

TUAN GURU NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0, SABTU ISTIHAR HARI KUNING

Harapan kita untuk sekali lagi berhimpun di Ibu Kota semakin cerah sekiranya SPR masih tidak `menggorek telinganya yang tersumbat' itu. Tuntutan 8 perkara yang diminta oleh BERSIH untuk SPR tanganinya seolah-olah sengaja dipandang sepi oleh SPR dan mungkin SPR amat seronok melihat kita `menyambut perayaan BERSIH ' sekali lagi.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa parti tersebut bersedia untuk BERSIH 3.0 sekiranya SPR berkehendakkan cara itu. Kenyataan Mat Sabu tersebut turut dipersetujui oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim. Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul Am Pas menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya. Baca klik di sini.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

NONE"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

Presiden PAS juga sebelum ini turut membayangkan perkara yang sama di mana beliau menyebut BERSIH 3.0 mungkin boleh berlaku sebelum atau selepas Pilihanraya Umum nanti. Semuanya bergantung di atas SPR sekarang. Seandainya SPR masih seronok berada di bawah `ketiak' Umno, maka kita tiada pilihan lain.

Nik Aziz mendakwa perhimpunan Sabtu lalu sepatutnya berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut. Ramai pihak mendakwa sekiranya pihak Polis tidak terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno, sudah pasti perhimpunan baru-baru ini akan berjalan dengan baik dan tidak akan menyusahkan kumpulan `Patriot' untuk mengupah budak-budak Bangla berhimpun.

Keadilan Pahang juga sedang merancang untuk bersama PR di negeri ini untuk mempromosi BERSIH 3.0 melalu beberapa program yang bakal diatur. Keadilan Pahang menggesa agar setiap hari Sabtu rakyat diminta memakai baju Kuning walaupun tanpa tulisan `BERSIH' sebagai menunjukkan komitmen kita terhadap tuntutan mereformasikan sistem Pilihanraya di negara ini.

No comments:

Post a Comment