KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 26, 2011

PEMBAHAGIAN KERUSI PKR PAHANG - MISI TAWAN PAHANG

PKR Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi Pembahagian Kerusi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang yang diPengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman, Selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang pada 22 Mei 2011 jam 11.00 pagi yang turut dihadiri oleh YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi PKR Negeri), Tn Hj Suhaimi Said (Naib Pengerusi 1 PKR Negeri) dan juga Sdr Zaidi selaku Ketua Biro Pilihanraya PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat berkenaan telah membincangkan tentang pembahagian kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR di beberapa kawasan Parlimen dan Dun di Negeri Pahang untuk dikongsi bersama dengan rakan dari Pakatan Rakyat iaitu PAS dan juga DAP. PKR Pahang tentunya meletakkan matlamat utama untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi agar misi menawan Pahang akan tercapai.

Selain dari membincangkan tentang pembahagian kerusi, mesyuarat ini juga turut menyentuh beberapa perkara dan strategi parti untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Hasil mesyuarat ini akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama semua Ketua cabang PKR Negeri dan juga kepada bersama pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang akan datang.




No comments:

Post a Comment