KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 26, 2011

Lynas: Adakan sesi terbuka - YB Fuziah Salleh

Joseph Sipalan & Aidila Razak
Mei 25, 11

Panel penyelidikan Lynas, yang dijadual meneliti isu sekitar pembinaan pusat nadir bumi di Gebeng bermula minggu ini, patut mengadakan sekurang-kurangnya sekali sesi terbuka melibatkan semua pemegang saham.

NONEAnggota parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, perkara itu penting bagi memastikan semua perkara seputar kontroversi pembinaannya diketahui semua pihak.

Fuziah mendakwa, pegawai daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahunya anggota penel akan melakukan yang terbaik dengan bertemu pemegang saham dalam tempoh terhad mereka di negara ini.

Panel itu bagaimanapun hanya akan mengadakan beberapa sisi perbincangan tertutup dengan pemegang saham secara berasingan dalam lawatan enam hari bermula 29 Mei hingga 3 Jun, kata Fuziah.

"Setiap kumpulan akan bertemu panel secara berasingan, dalam sesi tertutup, jadi bagaimana kita boleh pastikan semua hujah-hujah boleh dipusatkan? Kita perlu sekurang-kurangnya satu sesi terbuka," katanya ketika dihubungi./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment