Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia
Mei 20, 11 3:28pm Tidak kurang 200 rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.
Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.
Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek berkenaan.
Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.
Mereka kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan pejabat suruhanjaya tersebut.
Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.
Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.
Bantahan tersebut juga disertai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.
Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri.
Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.
Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan mengadakan demonstrasi di seluruh negara./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment