KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan di dalam berbagai bentuk kepada semua mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Beberapa pihak dari NGO, orang perseorangan dan termasuk dari beberapa negeri yang telah menghantar bantuan berupa wang ringgit, keperluan makanan, peralatan dan juga tenaga kerja dari sukarelawan telah sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di negeri ini. Namun demikian, kami mengharapkan bantuan berterusan akan dapat diberikan terutamanya daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tanpa mengira fahaman politik. Mangsa-mangsa banjir ini terdiri dari berbagai fahaman politik maka tidak wajar fahaman politik diambil kira untuk pengagihan bantuan.
Kepada mana-mana pihak yang ingin terus memberikan bantuan, kami amat-amat menghargainya. Terima kasih juga kepada pasukan keselamatan, Polis, Tentera, Pertahanan Awam, Rela dan seumpamanya yang telah bertungkus lumus membantu rakyat yang kini ditimpa ujian.
No comments:
Post a Comment