KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, December 5, 2013

ISU BANJIR - SANGGUP DICERCA DEMI RAKYAT

Tahniah kita ucapkan kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang telah sanggup menerima sindiran dan cacian dari Ahli Parlimen Bn dari Kinabatangan, YB Bung Mokhtar demi membela nasib mangsa-mangsa banjir yang kritikal terutamanya di kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Kuantan, Indera Mahkota, Rompin, Maran, Jerantut bahkan suara beliau juga mewakili mangsa-mangsa banjir di kawasan Najib sendiri di Pekan.

Usul dari YB Fuziah yang turut disokong oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk memasukkan masalah banjir di beberapa kawasan terlibat sebagai kawasan dharurat ditolak, namun suara beliau didengar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Shahidan Kassim yang berjanji akan mengerahkan bantuan yang diperlukan secepat mungkin.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi jelas menunjukkan kekesalannya terhadap tingkah laku YB Bung Mokhtar yang tidak mencerminkan disiplin sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan apabila sentiasa membuat kacau tatkala perkara melibatkan kepentingan rakyat ingin disuarakan.

Usul yang dibawa oleh YB Fuziah disindir oleh YB Bung Mokhtar yang mahu agar Ahli Parlimen Kuantan tersebut pulang menjenguk kawasan, sebaliknya dijawab oleh YB Fuziah  bahawa tiada gunanya berada di kawasan hanya semata-mata menunjukkan muka tanpa berbuat sesuatu yang boleh membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.  

Difahamkan mulai hari ini, beberapa pihak telah bersedia untuk turun ke kawasan-kawasan yang terlibat dan paling menggembirakan apabila Kerajaan Negeri Selangor terlebih awal memberi jaminan untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan.  

Sewajarnya Wakil Rakyat daripada Bn akan turut bangun menyokong usul ini kerana mangsa-mangsa yang terlibat bukan sahaja terdiri dari penyokong-penyokong PR sahaja.  Di kawasan Pekan juga ramai yang terlibat walaupun itu kawasan Najib, begitu juga di Rompin.


No comments:

Post a Comment