KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, December 29, 2013

KEADILAN PAHANG MENGUTUK DAN MENGECAM KENYATAAN BIADAB KETUA WANITA UMNO DI PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengutuk serta mengecam sekeras-kerasnya perbuatan biadab dan kurang ajar Ketua Wanita Umno dari Kuantan yang meminta rakyat yang tidak suka kepada Kerajaan Bn agar keluar dari negara ini.
 
Ketua Wanita Umno tersebut, Datuk Zaiton Mat berkata " Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN".  Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.  Laporan polis itu dibuat kononnya ada cadangan untuk guling kerajaan pada 31 hb Dis ini di Dataran Merdeka.
 
Kenyataan Zaiton itu jelas menampakkan beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana terlalu mudah terpedaya dengan propaganda murahan media yang beliau sendiri tidak tahu asas dan bukti tuduhan jahat tersebut.  Mungkin berasa tertekan dengan kecaman rakyat terutamanya dari mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan beberapa kawasan lain di negeri ini terhadap Kerajaan Negeri dan Pusat yang jelas gagal bertindak pantas membantu mangsa-mangsa banjir maka beliau ingin mengalih perhatian kepada isu yang sengaja diada-adakan.
 
Bahkan di kawasan Najib sendiri iaitu di Pekan terdapat mangsa-mangsa banjir yang terpaksa meminta bantuan dari Wakil Rakyat dari PR di kawasan lain kerana tindakan lembab pihak kerajaan membantu mereka.  Paling mengecewakan Ketua Wanita ini apabila lebih 100 orang ahli Umno dari Kuantan bertindak meninggalkan parti tersebut dan menyertai KEADILAN kerana kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak peka dengan kesusahan rakyat menghadapi banjir.  Di waktu rakyat berlapar dan rumah mereka ditengelami air, pemimpin Umno bersorak riang di PWTC dan hanya datang menemui rakyat setelah keadaan banjir hampir pulih.

Sikap ego dan sombong Ketua Wanita ini pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat di negeri ini.  Bayangkan jika di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, para penyokong Umno/Bn diminta tinggalkan negeri tersebut apakah akan terjadi kepada negara ini?  Kebebalan Ketua Wanita ini amat memalukan kerana gagal tampil untuk berhujah sebaliknya membuat kenyataan kebudak-budakan. 


No comments:

Post a Comment