KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 7, 2013

MANGSA BANJIR TERKORBAN - TAKZIAH DARI PKR PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang melahirkan rasa dukacita dan bersedih serta mengucapkan Takziah kepada waris dan keluarga dua beranak yang telah terkorban di dalam bencana banjir yang melanda Pahang sekarang ini.

Allahyarham Jamali Ali serta anaknya yang berusia 17 tahun, Allahyarham Megat Mohd Nazli telah berjaya ditemui pagi semalam.  Kedua-dua mangsa dikatakan terjatuh ke dalam air sewaktu bot yang dinaikinya terbalik di kawasan Sg Isap Jaya.  Mereka dikatakan terjatuh pada petang Rabu kelmarin sehingga dijumpai pagi semalam.

Allahyarham Jamali, 45, adalah bekas AJK Pemuda Umno Pekan telah meninggalkan seorang balu Raja Saidatul Nadrah Raja Arif, serta tiga anak berusia 11 hingga 24 tahun.  Jenazah kedua beranak itu akan dikebumikan di Pekan.

Kami mendoakan agar Roh Allahyarham kedua-duanya di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh, di samping itu mendoakan agar waris mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang berganda ini.  

Di kesempatan ini, kami ingin mengingatkan kepada semua penduduk yang terlibat dengan banjir ini agar memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan diri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi arahan dari pihak berkuasa.  Kami juga memohon agar pihak berkuasa agar lebih pro aktif dan peka terhadap mangsa-mangsa banjir serta melengkapkan keperluan dan kelengkapan yang secukupnya agar kita boleh mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku.

AL FATIHAH


No comments:

Post a Comment