KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, December 9, 2013

BANJIR DI PAHANG - BANTUAN TERUS DITERIMA

Kemaskini 08 Dis 2013, berpandukan kepada beberapa laporan dari sumber pihak berkuasa jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam semalam.

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang melaporkan kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.  Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan.

Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera.
 
KEADILAN Pahang merasa bersyukur kerana bantuan semakin banyak yang tiba dari berbagai pihak termasuk terbaru Kerajaan Negeri Kelantan akan menyumbangkan RM50, 000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir.  Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor juga turut berbuat demikian, di samping KEADILAN Pusat termasuk dari AMK juga turut bersama membantu dari segi bantuan peralatan, barangan makanan dan juga tenaga sukarelawan.
 
Beberapa NGO juga turut sama membantu termasuk para pelajar dan Mahasiswa yang sama-sama ingin merasai bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.  
 
Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment