Sewaktu menghadapi banjir terbesar di Pahang beberapa hari lalu, kesemua Wakil Rakyat dari PKR khususnya dengan komitmen padu juga dari Wakil Rakyat dari PAS terutamanya di kawasan paling teruk di landa banjir iaitu di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka tidak pernah berehat dan mengira waktu untuk terus merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat di kawasan mereka.
YB Fuziah menerima borang keahlian. Turut sama Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang |
Tiada langsung program berkempen mencari ahli atau merayu penduduk untuk menyokong kami sewaktu melakukan tugas membantu mangsa-mangsa banjir, kecuali kami turun dengan vest, topi atau bendera PKR sebagai jenama yang dibawa sebilang masa. Bantuan dihulurkan sedaya upaya tanpa mengira fahaman politik dan kami tidak menunggu bantuan atau jentera dari Kerajaan Pusat mahupun Negeri untuk mula bertindak. Disaat Umno berhimpun dengan gelak tawa serta sesi bodek dan mengampu pimpinan mereka di PWTC, Wakil-Wakil Rakyat dari PR meredah air, mengharung banjir mencari para penduduk untuk diselamatkan. Bukan kami menafikan bantuan dari Kerajaan Pusat mahupun jentera dari Kerajaan Negeri tetapi kami tidak bertindak atau mengambil masa terlalu lama menanti itu semua.
Mungkin keikhlasan dari Wakil-Wakil Rakyat PR serta seluruh jenteranya di dalam membantu mangsa-mangsa banjir, maka segelintir dari para penduduk mulai merasa alangkah nikmat dan bahagianya sekiranya PR diberi peluang mentadbir negara atau negeri ini. Musibah banjir memang tidak boleh dipolitikkan, namun mangsa-mangsa banjir boleh menilai sendiri yang mana kaca dan yang mana intan. Mereka tahu mana satukah yang membantu dengan ikhlas walaupun serba serbi kekurangan dan yang mana satukah yang membantu untuk mendapatkan nama semata-mata.
Walhasilnya, semalam UMNO Bahagian Kuantan menerima tamparan hebat apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah istihar menyokong PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati atas cara layanan yang mereka terima terutamanya sewaktu banjir melanda. Penduduk Tanah Putih Baru yang di ketuai seorang bernama En Rashid orang kuat UMNO Cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan UMNO bersama para penyokongnya dan akan bersama PKR.
Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada MP Kuantan yang juga Naib Presiden PKR, YB Fuziah Salleh petang semalam. Mereka berkata ketika penduduk Tanah Putih Baru di landa banjir mereka hanya lihat kumpulan dari Pakatan Rakyat diketuai YB Fuziah Salleh yang benar-benar menunjukkan keikhlasan datang membantu sedangkan dari UMNO/BN sekadar melepas batuk ditangga.
Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada MP Kuantan yang juga Naib Presiden PKR, YB Fuziah Salleh petang semalam. Mereka berkata ketika penduduk Tanah Putih Baru di landa banjir mereka hanya lihat kumpulan dari Pakatan Rakyat diketuai YB Fuziah Salleh yang benar-benar menunjukkan keikhlasan datang membantu sedangkan dari UMNO/BN sekadar melepas batuk ditangga.
Jelas, kebanyakan pemimpin Umno terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka lebih berminat berlumba-lumba merebut jawatan sepertimana yang dapat kita saksikan di dalam pemilihan Umno Bahagian Kuantan dan Indera Mahkota yang mana calon-calon yang merebut jawatan adalah ramai. Bila tiba saat mereka diperlukan oleh rakyat, mereka hilang entah ke mana.
No comments:
Post a Comment