Malam tadi (29 Nov 2012) bertempat di Kampong Pasir Panjang, Pekan telah diadakan Program Ceramah di mana menampilkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man beserta beberapa pimpinan lain termasuk wakil dari Orang Asal yang juga ahli PKR, Sdr Ismail Leh.
Di dalam pidato Ustaz Tuan Ibrahim beliau telah mengulas beberapa isu semasa dan terkini, di antaranya isu doa terhadap Umno yang kini menjadi satu topik hangat diperkatakan oleh pemimpin dan media-media kawalan Umno. Ustaz Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa tidak menjadikan satu kesalahan buat PAS untuk mendoakan kehancuran Umno kerana parti tersebut adalah 'lawan' buat PAS. PAS samasekali tidak mendoakan keburukan terhadap orang-orang Islam apatah lagi yang tidak melakukan kezaliman. Hanya media dan pemimpin mereka yang zalim mungkin terasa dengan doa yang dilakukan.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man |
Beliau juga turut menyeru agar kesemua ahli PAS dan PR bersatu tenaga untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di samping menasihati ahli-ahli yang tidak dapat membantu perjuangan ini agar tidak membebankan atau menyusahkan para pejuang. " Jika kita tidak sampai untuk memikul tiang rumah yang ingin dipindahkan, jangan kita bergayut pada tiang rumah kerana akan membebankan orang lain", ujarnya.
Sdr Ismail Leh, Wakil Kaum Orang Asal |
Dengan penuh keyakinan, Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan bahawa tidak mustahil Pahang akan dapat dirampas oleh PR di dalam PRU ke 13 nanti walaupun ada penganalisa politik termasuk Daim Zainuddin meramalkan bahawa Pahang, Johor dan Melaka 'selamat' di bawah Bn. "Ada yang meramalkan Pahang tidak akan tumbang kepada PR kerana Pahang adalah negeri PM, Najib Razak." "Tapi kita jangan lupa, Kedah adalah negeri Tun Mahathir (bekas PM), P.Pinang juga adalah negeri Pak Lah (bekas PM), kedua-dua negeri ini telah tumbang kepada PR", hujah beliau. "Kali ini, mustahilkah Pahang negeri Najib Razak akan tumbang?" soalnya.
Di antara yang hadir mendengar ceramah |
Ceramah malam tadi juga menarik perhatian lebih kurang 300 pendengar yang hadir di dalam keadaan hujan renyai-renyai apabila wakil dari kaum Orang Asal, Sdr Ismail Leh diberi kesempatan berucap. Beliau yang juga ahli PKR banyak menyentuh tentang bagaimana hak-hak Orang Asal yang semakin ditindas oleh Umno/Bn. Di samping itu, beliau menegaskan bahawa sekarang ini kaum Orang Asal sudah memahami 'permainan' licik Umno/Bn menjelang pilihanraya dengan menabur berbagai-bagai janji dan habuan untuk Orang Asal dan kaum Orang Asal tidak lagi akan terpedaya dengan 'permainan' Umno/Bn kali ini.
Program malam tadi telah berjaya menembusi kubu kuat Umno di Pekan tanpa sebarang gangguan dan provokasi di mana sambutannya amat baik sekali walaupun difahamkan di sebelah petangnya terdapat program memberi kad diskaun kepada para nelayan sekitar Pekan.
No comments:
Post a Comment