KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, November 14, 2012

KUMPULAN HIJAU PEJALAN KAKI KINI DI GAMBANG

Setelah memulakan langkah seawal jam 07.00 pagi dari Padang MPK 1, Kuantan awal pagi semalam (13 Nov 2012), kumpulan Hijau Anti Lynas kini sudah sampai ke Pekan Gambang, Kuantan.  Pekan Gambang adalah 'Check Point' mereka untuk berehat sebelum memulakan berjalan kaki awal pagi jam 06.00 nanti (14 Nov 2012) untuk meneruskan perjalanan ke KL.


Tengah malam tadi, ketika kami mengunjungi lokasi kumpulan ini sedang berehat di Pekan Gambang, berbagai situasi dapat dilihat.  Ada di antara mereka begitu lena tidor kerana keletihan dan ada yang sedang mengurut kaki masing-masing kemungkinan untuk menghilangkan rasa lenguh akibat perjalanan yang jauh siang tadi.  Masing-masing hanya dibekalkan dengan nasi bungkus untuk mengisi perut.

Uncle ini tidor keletihan...namun semangat masih kuat untuk memulakan perjalanan esok
Wakil KOBAT, Sdr Asri sedang menyampaikan sumbangan air '100 Plus' kepada Pengerusi Kumpulan Hijau, Sdr Wong Tack.  Turut bersama Penyelaras KOBAT Sdr Wfauzdin NS (Kiri sekali) dan Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota (baju putih)
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) di dalam kunjungannya malam tadi turut memberikan sumbangan sekotak air "100 Plus" agar dapat memulihkan tenaga kumpulan tersebut.  Sumbangan telah disampaikan kepada Pengerusi Kumpulan Hijau Anti Lynas sendiri iaitu Sdr Wong Tack yang turut disaksikan oleh Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Kuantan.

Kami menyeru agar semua yang menyokong perjuangan menolak Lynas ini hadir di lokasi-lokasi persinggahan kumpulan ini untuk memberikan sokongan moral kepada mereka.  Berikanlah bantuan di dalam apa jua bentuk kepada kumpulan ini kerana mereka adalah wakil kita yang sanggup berkorban masa dan tenaga lebih-lebih lagi meninggalkan keluarga masing-masing untuk tempuh lebih kurang dua minggu sebelum berakhir di Parlimen nanti.

Syabas kita ucapkan...Semoga perjalanan kumpulan ini selamat ke destinasi.

No comments:

Post a Comment