KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 13, 2012

KUMPULAN HIJAU ANTI LYNAS MULA BERJALAN KAKI KE KL HARI INI

Seawal jam 07.00 pagi tadi, ribuan orang ramai telah berhimpun di Padang MPK 1, Kuantan bagi memberikan sokongan kepada Kumpulan HIJAU Anti Lynas yang diketuai oleh Pengerusinya, Wong Tack.  Kumpulan ini akan bergerak berjalan kaki dari Padang MPK 1 melalui jalan lama ke KL yang telah ditetapkan sebagai satu cara menunjukkan bantahan terhadap usaha kerajaan membenarkan Lynas beroperasi di Gebeng, Kuantan.
 
Lokasi perjalanan
Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh hadir memberikan semangan dan sokongan moral
Pergerakan sepanjang 300 Km itu nanti akan berakhir di Dataran Merdeka dan keesokannya menuju ke Parlimen bagi menyampaikan bantahan.  Turut serta adalah 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek Hidroelektrik di negeri itu dan juga Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH.  Wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang juga akan bersama di dalam pergerakan ini.
 
Di antara orang ramai yang hadir memberikan sokongan moral
Bergambar sebelum bergerak.  Turut kelihatan Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung bersama Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta (pegang bendera)
Dianggarkan tidak kurang dari 40 orang akan menempuh dugaan sepanjang perjalanan ini.  Ketika artikel ini ditulis iaitu lebih kurang jam 04.30 petang, kumpulan ini telah pun memasuki kawasan Gambang, Kuantan.  Malam ini mereka akan berhenti berehat di Gambang dan akan meneruskan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.   Turut berada di Padang MPK 1 pagi tadi bagi memberikan sokongan moral adalah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh beserta beberapa pimpinan dari PAS dan DAP.
 
Sdr Lee Chean Chung bersama masyarakat Pribumi Sarawak
Bersedia untuk bergerak
Langkah diatur untuk selamatkan Pahang, selamatkan Malaysia
Hujan tidak mengganggu perjalanan

NONE
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan selamat jalan kepada semua yang terlibat diiringi doa agar perjalanan mereka selamat sehingga ke destinasi.

Kepada anda yang menyokong perjuangan ini, nantikan kehadiran kumpulan ini di kawasan masing-masing untuk memberikan sokongan moral dan apa jua bantuan yang mereka perlukan.

"SELAMAT JALAN, SELAMATKAN MALAYSIA"



Terima kasih Uncle...perjuangan mu untuk jenerasi akan datang!!


No comments:

Post a Comment