KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 12, 2012

SEKITAR DUA PROGRAM HEBAT DI INDERA MAHKOTA DAN PEKAN

Dua hari berturut-turut, dua program hebat telah berjaya diadakan dengan mendapat sambutan yang amat memuaskan.  Kedua-dua program itu adalah bermula di Bukit Sekilau, Indera Mahkota pada 09 hb November 2012 dan satu lagi program adalah bermula di Kuantan dan Pekan, Pahang pada 10 hb November 2012.

Sdr Andansura Rabu mewakili PAS sedang berucap
Pengarah Strategi KEADILAN, Sdr Rafizi sedang berucap
Pada 09 hb Nov, satu ceramah umum telah diadakan di Bukit Sekilau, di dalam Parlimen Indera Mahkota di mana telah menampilkan tokoh hebat iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli.  Walaupun publisiti ceramah tersebut banyak tertumpu di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan sahaja, namun kehadiran orang ramai pada malam tersebut di luar jangkaan.

Sebahagian yang hadir ceramah di Bukit Sekilau
Turut memberikan ceramah pada malam tersebut adalah Sdr Andansura Rabu yang mewakili PAS dan Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota.  Pidato dari Sdr Rafizi memukau hadirin yang memenuhi setiap ruang yang agak terhad.  Di antara isu yang dijelaskan oleh Sdr Rafizi adalah isu NFC, penurunan harga kereta, isu kemasukan wang haram sebanyak RM 40 Juta untuk Umno Sabah dan beberapa isu lain.  

Keesokannya pula, pada 10hb Nov satu lagi program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan bersama Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah diadakan.  Program "Jelajah Skandal Scorpene" ini telah dipertanggungjawabkan kepada SAMM Pahang untuk menguruskannya di dalam dua sesi iaitu sesi Taklimat dan Ceramah.

Sdri Fadia, Peguam dari SUARAM sedang menyampaikan taklimat
Dalam sesi dialog, Dato' Fauzi turut bertanyakan soalan
Pada sebelah petang bermula jam 03.00 PM telah diadakan sesi Taklimat Skandal Scorpene bertempat di Pusat Khidmat Dun Semambu.  Beberapa NGO dan pemimpin politik PR telah hadir untuk mendengar taklimat daripada dua orang peguam mewakili SUARAM iaitu Sdri Murni dan Sdri Fadia.  Selepas taklimat diberikan, satu sesi soal jawab diadakan.  Setiap yang hadir telah dibekalkan dengan kit bahan bukti dan fakta berkaitan skandal Scorpene.

Di antara yang hadir dalam Taklimat
Pada sebelah malamnya, satu siri ceramah Jelajah Skandal Scorpene telah diadakan di Taman Indera Sempurna, Pekan.  Pemidato utama pada malam itu adalah Penyelaras SAMM Kebangsaan, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, manakala mewakili SUARAM adalah Sdri Murni.  Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan iaitu Ustaz Rosli Abd Jabar, Ketua Penerangan KEADILAN Pahang iaitu Sdr Razali Alias dan Penyelaras KOBAT, Sdr Wan Fauzuldin (Wfauzdin NS) juga turut memberikan ucapan.

Us Rosli Jabar, YDP PAS Kuantan
Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi sedang berucap
Sebahagian dari ahli-ahli SAMM Pahang mengawal keselamatan
Peguam SUARAM, Sdri Murni di dalam ceramahnya banyak mendedahkan beberapa fakta tentang isu Scorpene.  Beliau telah menjelaskan bahawa isu Scorpene tidak pernah terlepas dari siasatan di Mahkamah Perancis.  Chegu Bard pula tampil dengan penuh semangat mendedahkan beberapa penyelewengan dan kezaliman pimpinan Umno sekarang.  Isu Scorpene dan hubungkaitnya dengan misteri pembunuhan Altantuya telah didedahkan oleh Penyelaras SAMM pada malam tersebut.

Di antara yang hadir ceramah Jelajah Skandal Scorpene
KOBAT pula tampil untuk memberikan ceramah yang singkat untuk memberi kesedaran kepada warga tentera dan bekas-bekas tentera betapa perlunya mereka menyokong Pakatan Rakyat demi masa hadapan masing-masing.

Wfauzdin NS - Mewakili KOBAT
Kedua-dua program di atas telah berjaya diadakan tanpa sebarang gangguan atau provokasi.  Tahniah kepada penganjur kedua-dua program tersebut.

No comments:

Post a Comment