KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, November 16, 2012

Pahang mahu ihsan atau royalti 20 peratus?

Subky Latif
10 Nov 2012

Sekarang Pahang pula dipilih Allah dianugerah minyak dan gas. Rakyat Pahang wajar bersyukur dan rakyat Malaysia seluruhnya juga ikut syukur kerana rahmat yang datang ke Pahang itu akan dapat juga limpahannya kepada negara.

Perdana Menteri sudah membayangkan wang ihsan yang bakal Pahang peroleh dalam masa yang tidak lama. Logiknya Pahang boleh jadi Kuwait baru di Malaysia selepas Terengganu.

Pakatan Rakyat menggesa supaya Pahang jangan ditindas kerajaan BN seperti Terengganu dan Kelantan - sekadar memberinya wang ihsan. Ia patut diberi royalti seperti yang diperuntukkan oleh akta Petronas.

Apa pun, nikmat Pahang itu tidak akan diterima sebelum PRU13 yang paling lewat bulan Mac 2013.

Lantaklah apa yang BN akan bagi baik wang ihsan atau royalti lima peratus. Sekalipun ia setuju Pahang diberi loyalti tetapi masih satu penindasan dibandingkan janji Pakatan Rakyat untuk memberi royalti 20 peratus kepada semua negeri yang berminyak.

Pakatan tidak perlu bising supaya Pahang diberi royalti. Pakatan boleh bagi tahu kepada rakyat Pahang betapa mereka tidak perlu menuntut wang ihsan itu dijadikan royalti. Pakatan akan bagi tanpa dituntut royalti 20 peratus sama dengan Indonesia setuju beri kepada Aceh seperti peruntukan perjanjian damai Aceh dan Indonesia.

Sebaik saja keputusan PRU13 nanti memihak kepada Pakatan, maka Pahang tidak sekadar dapat duit kesian seperti yang BN buat ke atas Terengganu dan Kelantan.

Secara automatik Pahang akan dapat royalti 20 peratus. Kelantan akan dapat royaltinya dan Terengganu pula akan dipulangkan semula royaltinya. Sementera Sabah dan Sarawak royaltinya akan dinaikkan dari lima peratus kepada 20 peratus.

Saya nasihatkan, tidak perlu lagi bising menuntut royalti. Bagitahu saja rakyat Kelantan supaya jangan bimbang royalti akan dapat atau tidak semasa pemerintahan BN sekarang? Sebaik saja Putrajaya tumbang, Kelantan akan dapat royalti, bukan sekadar lima peratus tetapi 20 peratus.

Tugas pengundi sekarang terutama di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak ialah pada hari pilihan raya umum nanti mengundi Pakatan Rakyat, tidak kira calon itu dari PAS, PKR, DAP atau sekutunya yang lain dari Sabah dan Sarawak.

Mengundi BN bererti menindas Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tetapi mengundi Pakatan Rakyat adalah untuk memberi hak dan keadilan kepada negeri itu.

Sebelum Perdana Menteri Najib mengumumkan Pahang ada minyak dan akan didapat wang ihsan, semua terasa sukar juga untuk meraih sokongan dari Pahang kerana ia adalah negeri Perdana Menteri. Tetapi apabila Najib mengumumkan ia ada minyak, maka Pakatan Pahang berasa lapang, kerana pengumuman itu adalah satu bantuan besar kepada Pakatan menghadapi PRU itu.

Tanpa Najib memberitahu dia membantu Pakatan, apa yang diumumkannya itu adalah membantu Pakatan dan memudahkan lagi Putrajaya dirampas.

Memberi royalti 20 peratus bukan satu janji melampau yang tidak masuk akal. Ia sudah jadi hak semasa bagi negeri pengeluar minyak. Kalau Indonesia boleh bersetuju memberi Aceh royalti minyak 20 peratus, maka mengapa Malaysia yang pentadbiran dan ekonominya lebih baik tidak boleh beri.

Kalau Malaysia tidak sedia memberi royalti 20 peratus, nanti dibimbangi rakyat di lima negeri mengira lebih baik negeri itu menjadi provensi Indonesia daripada menjadi negeri di Malaysia. Jangan sampai ada rakyat yang berkata begitu.

Apakah Pakatan berpolitik dengan royalti yang menarik itu? Tidak dinafikan ada politiknya, tetapi yang jelas ialah negeri patut dan berhak mendapat apa yang Petronas boleh bagi.

Jadilah pengundi yang cerdik dan merdeka, memillih yang baik. Jangan jadi pengundi hamba, terima saja apa yang tuan beri./Harakahdaily

No comments:

Post a Comment