KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 19, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA MASYARAKAT INDIA DI JAMUAN DEEPAVALI

Bas Jelajah Merdeka Rakyat merentas Bandar Kuantan
Sekali lagi Dato' Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Pahang setelah beliau hadir di dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada 04 November 2012 yang lalu.  Pada Jelajah Merdeka Rakyat pertamanya, beliau telah bertemu dengan rakyat di Lancang, Temerloh dan Kuala Krau sebelum berakhir di Kuantan iaitu di Balok dan Taman Mahkota Aman, Batu 11.

Dato' Seri Anwar disambut masyarakat India sebaik sahaja turun dari Bas Jelajah Merdeka Rakyat
Sempat bermesra dengan seorang kanak-kanak bersama bapanya
Semalam (18 November 2012), kunjungan Jelajah Merdeka Rakyat kali kedua bermula dengan meraikan Sambutan Hari Deepavali bertempat di Jalan Air Putih, Kuantan.  Seterusnya beliau bergerak melewati Jengka, Maran, Mentakab, Jenderak dan berakhir di Bera.

Petang semalam lebih kurang jam 2.00 petang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Restoren Curry House, Jalan Air Putih, Kuantan untuk bersama masyarakat berugama Hindu meraikan Sambutan Hari Deepavali.  Turut bersama majlis itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga YB Sivarasah.  Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung juga turut hadir bersama beberapa lagi pimpinan PR setempat.

YB Sivarasah berucap sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar
Dato' Seri Anwar bersama pimpinan yang hadir
Sambutan masyarakat India pada majlis tersebut amat baik di mana ruang yang disediakan dipenuhi oleh rata-ratanya di kalangan masyarakat India.  Sebelum Dato' Seri Anwar berucap, mereka yang hadir dapat mendengar ucapan dari Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga ucapan oleh YB Sivarasah.  Ucapan Dato' Seri Anwar banyak berkisar tentang permasalahan masyarakat kaum India di negara ini khususnya berkaitan isu Kad Pengenalan dan juga isu pembinaan kondo di Batu Caves yang diputarbelitkan oleh pemimpin Umno/Bn.

Tekun mendengar ucapan pimpinan
Sebelum beliau berangkat ke lokasi seterusnya, beliau telah dijamu dengan jamuan bersama masyarakat kaum India.  

Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berucap
Menikmati jamuan yang disediakan
KEADILAN Pahang mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berjaya melangsungkan majlis ini dengan baik dan lancar serta mendapat sambutan yang membanggakan.

No comments:

Post a Comment