KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, September 1, 2012

SEKITAR RUMAH TERBUKA BERSAMA DATO' SERI ANWAR DI BENTONG


Kehadiran sebuah bas di Majlis Rumah Terbuka Anjuran KEADILAN Cabang Bentong semalam (31 Ogos 2012) bertempat di rumah Ketua Cabang sendiri, Sdr Mohd Nor menjadi tumpuan orang ramai di dalam majlis tersebut.  Bas "Jelajah Merdeka Rakyat" tiba sejurus ketibaan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar di Rumah Terbuka berkenaan.

Dato' Seri Anwar dan isteri bersama pimpinan di meja utama
Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail disambut oleh tuan rumah, Sdr Mohd Nor selaku Ketua Cabang KEADILAN Bentong.  Turut menyambut Ketua Umum dan Presiden adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dan beberapa pimpinan PR yang lain.  YB Fuziah Salleh (MP Kuantan) juga turut hadir di samping beberapa Ketua Cabang di Negeri Pahang.

Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman turut melayani tetamu yang hadir
 
Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari itu mendapat sambutan baik dari berbagai kaum yang hadir.  Dato' Seri Anwar turut berucap di dalam majlis tersebut dan memberikan pujian kepada tuan rumah iaitu KEADILAN Bentong yang telah berjaya mengadakan program ini.  Melihat kepada sambutan yang diberikan, tidak menjadi satu kesilapan meletakkan Parlimen Bentong di antara beberapa Parlimen di negeri ini yang bakal dirampas di dalam PRU ke 13 akan datang.

No comments:

Post a Comment