KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, September 5, 2012

PR PAHANG BERPECAH? - KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PR PAHANG


 


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat pada pagi tadi (05 Sept 2012) bertempat di Ibu Pejabat PAS Pahang, Temerloh.

Kesemua Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat hadir, kecuali Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang tidak dapat hadir kerana menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Terengganu.  Beliau telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Sdr Ahmad Nizam Hamid.

Di dalam mesyuarat tersebut, berbagai isu dibangkitkan termasuk serangan media perdana termasuk beberapa Blog yang menggambarkan Pakatan Rakyat di Pahang kini berpecah akibat perebutan kerusi Pilihanraya.  

Sepertimana yang ditegaskan di dalam Sidang Media pagi tadi, Pakatan Rakyat Pahang kini berada di tahap paling padu berbanding PRU ke 12 yang lalu.  Satu atau dua kerusi yang masih di dalam perbincangan sesama Pakatan Rakyat akan dapat diselesaikan dengan penuh semangat keharmonian.  

Sehubungan itu, Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang menasihatkan semua pemimpin di perbagai peringkat mengelakkan diri dari membuat kenyataan umum tentang pembahagian kerusi yang masih di dalam perbincangan.  Segala pandangan atau pendapat mestilah disuarakan melalui saluran parti masing-masing bagi mengelakkan salah faham di kalangan ahli masing-masing.  Kepercayaan dan mandat hendaklah diberi kepada pucuk pimpinan parti masing-masing untuk membuat sebarang keputusan bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat Negeri Pahang menyeru seluruh jentera parti bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sokongan rakyat.  Beberapa isu yang kini menjatuhkan imej Umno/Bn hendaklah diambil kesempatan agar rakyat mendapat maklumat yang jelas.

1 comment:

  1. Dato Fauzi berkata bahawa menjadi hak kepada mana-mana parti untuk memohon bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen,tetapi apabila PR Pusat membuat keputusan, semua pihak akan akur, tiba-tiba The Star melaporkan bahawa Dato Fauzi lambasted DAP...walaupun didalam sidang akhbar itu reporter dari The Star tak hadir pun. Inilah usaha bangsat akhbar2 pencacai ini mahu memecahbelahkan PR.

    ReplyDelete