Hari ini (21 September 2012) selepas Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur, Dewan Pemuda PAS Pusat akan bersama seluruh umat Islam akan berarak menuju ke Kedutaan AS bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan sebuah filem yang menghina Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
KEADILAN Pahang membantah keras sebarang bentuk penghinaan terhadap Ugama Islam khususnya oleh mana-mana pihak samada di dalam mahu pun di luar negara. Begitu juga, kami turut menentang sebarang penghinaan terhadap agama lain kerana ianya bakal menimbulkan suasana yang tidak baik sesama manusia.
Sehubungan itu, kami menyeru seluruh umat Islam untuk bangun membantah tindakan biadab mana-mana pihak yang menyentuh kemuliaan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan Islam dengan apa jua cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak secara keterlaluan sehinggakan mendatangkan keburukan kepada mereka yang tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment