KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, September 18, 2012

KEADILAN PAHANG MENGUTUK KERAS TINDAKAN SAMSENG DI PEKAN

KEADILAN Pahang merasa amat kesal di atas beberapa perlakuan ganas dan provokasi oleh pihak-pihak tertentu di dalam beberapa program politik yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini.  Tidak mengira mana-mana parti politik samada dari Umno/Bn mahu pun dari Pakatan Rakyat atau mana-mana pertubuhan, perbuatan ganas serta provokasi mestilah ditentang keras.

Kami percaya dan penuh yakin, perbuatan jahat serta tidak bertamadun seperti ini boleh dikurangkan atau diatasi sekiranya pihak berkuasa di dalam aspek keselamatan negara ini lebih peka dan bertanggungjawab.  Khususnya kepada pihak Polis, kami berterima kasih kepada mereka yang telah bertindak profesional selama ini, tetapi tidak kurang juga yang masih menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu.

Us Abu Kassim menunjukkan cermin kereta yang dipecahkan

Sebelum ini kita mendengar berita program-program ceramah politik diganggu dengan jerit pekik, dibaling batu dan sebagainya.  Paling popular sekarang adalah tektik menyimbah cat kepada kenderaan yang dimiliki oleh pimpinan dan parti Pakatan Rakyat.  Tidak cukup dengan itu, kenderaan-kenderaan milik persendirian pemimpin dan penyokong juga dianiayai.  Banyak kali juga berlaku kejadian mensabotaj Pejabat Parti.  Kesemua kejadian buruk ini telah pun dibuat laporan kepada pihak berkuasa, namun ianya seolah-olah tidak memberi kesan langsung bahkan semakin meningkat kejadian seperti ini.

Terbaru semalam, di Pekan, Pahang pula kereta kepunyaan YDP Pas Pekan, Us Abu Kassim telah dikhianati di mana cermin belakang keretanya telah dipecahkan.  Sehari sebelum itu, cermin kereta anak saudara YDP tersebut juga telah dipecahkan ketika kereta tersebut diletakkan di depan rumah.  Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.  Apakah ini sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan pimpinan PAS Pekan daripada meneruskan sebarang aktiviti penerangan yang semakin hebat dilaksanakan di kawasan Najib tersebut?

KEADILAN Pahang merasa khuatir sekiranya gejala ini tidak dibendung segera, akibatnya amat buruk di masa-masa akan datang.  Bagi kami dari KEADILAN Pahang khususnya, kami sentiasa menyeru kepada semua ahli dan penyokong KEADILAN agar tidak emosi dan berdendam dengan apa yang telah berlaku.  Kami masih yakin dengan kewibawaan pihak Polis di dalam mengatasi perkara ini.  

Kepada semua pimpinan di semua peringkat, sila tentukan aspek keselamatan paling maksima dilaksanakan di dalam apa jua program parti.  Tentukan terdapat sebarang langkah yang perlu bagi menghalang sebarang cubaan atau provokasi yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.  Di samping kita memerlukan kerjasama pihak Polis, namun kita jangan berlepas tangan di dalam aspek keselamatan ini. 

No comments:

Post a Comment