Ramalan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa malam "Janji Demokrasi" oleh lebih 47 NGO pada 30 Ogos 2012 tidak ramai yang akan datang. Ternyata ramalan beliau meleset samasekali.
Meskipun pada malam yang sama, Di Shah Alam, Selangor juga turut diadakan sambutan menjelang 31 Ogos, namun di Dataran Merdeka kehadiran amat menakjubkan sehingga melimpah ke Dataran DBKL. Semua negeri di bawah PR juga mengadakan sambutan yang sama, bahkan di beberapa negeri di bawah Umno/Bn turut mengadakan sambutan "Janji Demokrasi". Namun ianya tidak menghalang kemeriahan di KL malam itu. Bayangkan jika semua negeri tertumpu ke KL pada malam tersebut.
Siapa kata peniaga rugi jika kita adakan perhimpunan? |
Tanpa kehadiran pimpinan utama seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi atau Lim Kit Siang, rakyat tetap berkumpul meraikan "Janji Demokrasi" kerana perjuangan rakyat bukan untuk individu-individu tertentu. Cukup sekadar bersama Sasterawan Negara, A. Samad Said, Tuan Hj Muhamad Sabu, YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua, YB Dr Zulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan bawahan yang lain rakyat kini bersedia untuk menjatuhkan rejim.
Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan lebih dari 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Namanya itu sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.
Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak. Detik jam 12 malam, maka laungan "Janji Demokras - Janji Bersih" bergema di Ibu Kota.
Tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya menganjur dan memeriahkan sambutan "Janji Demokrasi" walaupun tanpa cabutan bertuah, pengangkutan percuma, wang tunai mahu pun makan minum yang disediakam.
No comments:
Post a Comment