Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang telah mengeluarkan notis dan secara lisan melalui beberapa mesyuarat MPN sebelum ini berkaitan keperluan Cabang-Cabang untuk mengadakan MATC masing-masing mengikut tarikh yang ditentukan.
Sehubungan itu, setiap Cabang dikehendaki memastikan notis untuk mengadakan MATC dikeluarkan mengikut tempoh serta mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tentukan notis ditampal pada tempat-tempat umum, pejabat parti dan juga diusahakan melalui apa jua cara agar setiap ahli mendapat maklumat jelas dan tepat tentang MATC yang bakal diadakan.
Pada tahun ini, tiada pemilihan atau pertandingan diadakan, namun kehadiran semaksima mungkin ahli parti amat penting untuk menunjukkan persediaan parti menghadapi PRU ke 13 yang mungkin diadakan di dalam tempoh dua ke tiga bulan akan datang.
Sebarang masalah berkaitan MATC ini sila berhubung dengan SUK Negeri.
No comments:
Post a Comment