KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, September 16, 2012

SAMBUTAN HARI MALAYSIA - AMANAT PENGERUSI KEADILAN PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia hari ini.  Pengerusi KEADILAN Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman mengajak seluruh rakyat di Negeri Pahang khususnya, dan seluruh negara amnya, kembali memperjuangkan satu semangat perpaduan kaum yang jitu di samping menolak anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan dengan bermain dengan isu perkauman serta sentimen agama untuk mereka mengekalkan kuasa.

Pakatan Rakyat menjanjikan sebuah negara yang aman dan sejahtera di mana hak rakyat sentiasa terjamin sekiranya diberi kuasa mentadbir Putra Jaya.  Empat perkara asas yang dijamin oleh Pakatan Rakyat adalah;

1.  Keselamatan nyawa setiap rakyat.
2.  Fahaman dan kepercayaan agama masing-masing seperti yang terjamin di dalam Perlembagaan.
3.   Moral setiap rakyat harus dipelihara.
4.  Harta benda rakyat terjamin.

Keempat-empat prinsip ini adalah merupakan asas yang Pakatan Rakyat cuba terjemahkan di dalam ' Maqasid Syariah', bagi melahirkan sebuah negara yang bertamadun dan rakyatnya sentiasa menghormati di antara satu sama lain. 

Justeru itu, Pakatan Rakyat sentiasa menentang cara yang kotor dan jijik, membelakangkan prinsip demokrasi oleh golongan yang takut kehilangan kuasa.  Merujuk kepada akhbar Sinar hari ini, tidak wajar samasekali PM, Dato' Seri Najib Tun Razak pada hari rakyat menyambut Hari Malaysia, beliau memberi amaran " Padah Tukar Kerajaan".  Kata-kata ini lazimnya digunakan oleh beberapa diktator sebelum mereka dijatuhkan oleh rakyat.  Ugutan seperti ini memperlihatkan ketidakyakinan beliau sendiri terhadap kepimpinannya.

Dato' Fauzi seterusnya menyeru rakyat agar bangkit melakukan perubahan demi masa hadapan rakyat dan negara ini.

No comments:

Post a Comment