Semalam (17 September 2012) pada jam 4.00 petang, satu lagi Ranting PKR telah ditubuhkan di kawasan Parlimen Bera. Tiada sesiapa boleh menyangka Kg Bukit Gemuroh, Bera ini boleh tertubuhnya Ranting PKR kerana boleh dikatakan kampong ini terlalu pekat Umnonya sehinggakan seperti kata Sdr Bob Manolan selaku Timbalan Ketua PKR Cabang Bera. lebih kurang 70-80 % pengundi-pengundi di situ mengundi Bn di dalam PRU yang lepas.
Namun, berkat usaha yang berterusan akhirnya kubu kuat Umno ini berjaya ditembusi, dan paling menggembirakan sambutan daripada anak-anak muda kampong ini menaikkan semangat semua petugas parti di sini untuk terus berjuang.
Sdr Bob Manolan, Timb Ketua Cabang Bera sedang berucap |
Mengikut jadual asal, Majlis Perasmian Ranting PKR Kg Bukit Gemuroh, Bera ini akan disempurnakan oleh Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Namun atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat hadir dan Sdr Bob Manolan telah menjemput Tuan Hj Suhaimi Said, Naib Pengerusi PKR Negeri merangkap Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat juga Ketua Cabang Kuala Krau untuk merasmikan penubuhan Ranting PKR Kg Bukit Gemuroh.
Borang kemasukan ahli baru diserahkan kepada Tuan Hj Suhaimi Said sambil disaksikan oleh Sdr Bob Manolan |
Tahniah dan syabas kepada PKR Cabang Bera, khususnya kepada Sdr Bob Manolan dan rakan-rakan yang telah bertungkus lumus merealisasikan hasrat pimpinan agar setiap Cabang perlu menambah seberapa banyak Ranting bagi mendapatkan sokongan rakyat terhadap parti.
Syabas juga diucapkan kepada semua ahli baru PKR di Kg Bukit Gemuroh, Bera yang akhirnya berani melakukan perubahan. Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment