Petang semalam (06 Feb 2014), jam 04.30 petang telah diadakan Program Hi-Tea bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, tokoh yang dicalonkan oleh PR untuk bertanding di PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini nanti. Program yang telah diadakan di Pusat Komuniti Sg Kantan, Kajang itu telah dihadiri oleh masyarakat berbagai kaum di perkampongan tersebut.
Turut berucap sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman. Ucapan ringkas beliau banyak menceritakan tentang latar belakang Ketua Pembangkang tersebut bermula dari menuntut di MCKK sehinggalah beliau menjadi tokoh ternama sewaktu di dalam Umno. Dato' Fauzi juga turut menceritakan tentang konspirasi jahat yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar memandangkan tokoh ini mampu mengugat pimpinan Umno dengan keperibadian dan perwatakan sebagai tokoh Islam yang bukan sahaja hebat di negara ini bahkan turut dihormati oleh dunia Islam.
Dato' Fauzi sedang berucap |
Ahli Parlimen Indera Mahkota ini juga menceritakan ketika itu beliau berada di dalam Kerajaan dan cuba dipengaruhi oleh Tun Mahathir agar menjauhkan dirinya dari Dato' Seri Anwar dan cuba meyakinkan beliau bahawa Dato' Seri Anwar adalah seorang yang bermoral rendah. Dato' Fauzi menegaskan beliau menolak segala hasutan Mahathir kerana beliau mengenali keperibadian Dato' Seri Anwar sebelum tokoh hebat ini menyertai bidang politik. Rakyat Kajang katanya harus merasa bangga kerana tokoh hebat ini sudi berkhidmat di Kajang dan Kajang merupakan satu tapak yang bakal mencipta sejarah ke Putrajaya, InsyaAllah.
Timbalan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor dan MP Gombak, YB Azmin Ali kemudiannya berucap dengan menyatakan pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Dun Kajang telah mendapat sokongan padu dari kesemua rakan di dalam PR. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di dalam PR yang sudi memahami situasi ini dan berkongsi untuk memperkuatkan lagi kedudukan PR di Selangor. Tentunya ada yang sukar menerima keputusan drastik dan berisiko tinggi yang telah diambil untuk mengosongkan Kerusi Dun Kajang ini namun beliau percaya akhirnya mereka akan faham bahawa di dalam politik ada ketikanya kita merancang sesuatu yang di luar jangkaan orang ramai kerana kita menghadapi sesuatu tekanan yang hebat dari Umno/Bn yang kita juga tidak menjangkakannya.
YB Azmin Ali berucap |
Sehubungan itu, tokoh yang paling layak untuk mengepalai kita berdepan dengan gergasi Umno/Bn di bawah Najib ini adalah Dato' Seri Anwar kerana beliau mempunyai pengalaman dengan berbagai muslihat dan helah licik Umno/Bn yang begitu kepingin untuk merampas Selangor dari PR. Prinsip yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar iaitu keadilan untuk semua kaum yang juga menjadi asas kepada perjuangan PR haruslah bermula di Selangor sebelum kita ke Putrajaya. Selangor akan dijadikan contoh bagaimana prinsip ini akan direalisasikan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap |
Sebelum majlis Hi-Tea bersama penduduk, Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap ringkas di mana beliau menjelaskan kembali mengapa perlunya beliau berada di Dun Kajang. Sekali lagi beliau tegaskan, kekosongan Kerusi Dun Kajang oleh Wakil Rakyat dari KEADILAN sebelum ini tidak sedikit pun mempunyai unsur-unsur tawaran atau habuan yang diberikan. Seandainya habuan yang diinginkan, lojiknya Adun ini melompat keluar parti dan menyertai Bn dan tentunya habuan yang diperolehi lebih besar dan menarik lagi. Kekosongan Kerusi tersebut adalah bersyarat di mana Adun berkenaan mahu Dato' Seri Anwar sahaja yang bertanding kerana beliau turut merasakan sudah tiba masanya Selangor ini mempunyai tokoh yang mampu berdepan dengan tekanan yang semakin kuat dari Umno/Bn.
Walaupun itu adalah kehendak Adun berkenaan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan sokongan dari rakan-rakan dari PR dan setelah dibincangkan bersama maka PR bersetuju Dato' Seri Anwar bertanding di PRK Dun Kajang. Komitmen rakan-rakan dari PR amat baik walaupun pada awalnya memang terdapat pro dan kontra tentang isu ini. Di dalam politik, tidak semua orang boleh setuju dengan tindakan yang kita ambil dan kita mesti menghormati pandangan yang berbeza, ujar Anwar.
Sesi Taklimat Jentera KEADILAN PRK Dun Kajang |
Sebelum program petang tersebut, satu Taklimat Jentera KEADILAN PRK Dun Kajang telah diadakan yang mana telah dihadiri oleh semua wakil dari setiap negeri. Pengerusi KEADILAN Negeri Selangor, YB Azmin Ali turut hadir, Pengarah Strategi KEADILAN, YB Rafizi Ramli, Ketua AMK dan Wanita juga hadir. Setiap negeri diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing mengikut lokasi yang ditetapkan. KEADILAN Pahang di bawah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh akan menggerakkan jenteranya di kawasan Batu 9, Kajang.
Jentera akan digerakkan sebaik sahaja mendapat arahan dari Pusat. Apa yang penting, KEADILAN Pahang mesti bersedia mulai sekarang dan pastikan kita bekerja sekuat mungkin untuk menentukan Kerusi Dun Kajang dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment