KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, February 4, 2014

PRK DUN KAJANG - KEADILAN PAHANG TEGUH MENYOKONG KEPUTUSAN PARTI


Langkah pertama Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam memperjelaskan isu kekosongan Kerusi Dun Kajang telah bermula malam tadi.  Bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, bakal calon Dun Kajang ini telah disambut dengan ribuan rakyat Kajang untuk mendengar sendiri penjelasan beliau tentang mengapa pentingnya Kerusi Dun Kajang ini dikosongkan dan mengapa beliau dicalonkan.


Seminggu yang lalu, kita telah menyaksikan betapa hangatnya perdebatan pro dan kontra tentang isu di Kajang melalui media sosial terutamanya di FaceBook.  Perbagai ulasan juga diberikan melalui blog dari berbagai peringkat terdiri dari penyokong atau ahli bawahan tidak ketinggalan juga segelintir yang berjawatan di dalam parti turut merayakan perdebatan hangat ini.

KEADILAN Pahang memandang kesemua ini sebagai satu sesi pembelajaran politik yang lebih matang dan jauh ke hadapan.  Kami berpendapat, betapa seriusnya dan kadangkala agak emosi di dalam setiap perdebatan berkaitan isu di Kajang itu adalah satu bukti betapa para penyokong dan ahli di dalam PR amat menyayangi kesepaduan PR.  Mereka amat bimbang Umno/Bn akan mendapat faedah dari kemelut atau isu ini.



Akhirnya, kesepakatan di dalam PR tercapai dan kita dimaklumkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh KEADILAN di dalam menangani isu ini mendapat sokongan dari rakan-rakan di dalam PR terutamanya di Selangor khususnya berkaitan isu Dun Kajang.  Menyedari bahawa pada awalnya, tidak semua perancangan 'taktikal' perlu dihebahkan kepada askar laskar, memadai cuma beberapa 'Pegawai Tentera Terkanan" agar ianya tidak mudah digagalkan oleh musuh, maka wajarlah sekarang ini ianya diperjelaskan.  Tindakan memperjelaskan isu ini telah pun bermula secara beransur-ansur samada melalui forum oleh beberapa pimpinan seperti Sdr Rafizi (Pengarah Strategi KEADILAN) dan malam tadi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Sehubungan itu, KEADILAN Pahang tentunya akan berdiri teguh di atas muafakat PR dan kami pastinya akan menentukan Kerusi Dun Kajang dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar dengan bantuan rakan-rakan di dalam PR serta beberapa NGO serta beberapa pihak yang tidak berparti yang mahu melihat PR terus menjadi libialiti kepada Umno/Bn untuk mereka terus mengkhianati amanah rakyat.

No comments:

Post a Comment