KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, February 9, 2014

PRK DUN KAJANG - JENTERA KEADILAN PAHANG BERSIAP SEDIA

Meskipun menyedari terdapat suara-suara sumbang di kalangan pimpinan dari rakan-rakan dari PR di dalam menghadapi PRK Dun Kajang, KEADILAN Pahang tetap berpegang kepada keputusan pimpinan PR di peringkat tertinggi bahawa PRK Dun Kajang mesti dihadapi dengan mempastikan calon yang dipersetujui bersama iaitu Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut.

KEADILAN Pahang juga tidak mahu menyentuh isu MB Selangor kerana proses untuk menentukan samada MB Selangor akan dikekalkan seperti sekarang atau mahu digantikan selepas PRK Dun Kajang pastinya melalui proses biasa iaitu mendapat sokongan majoriti Adun di Dun Selangor serta perkenan Sultan Selangor.  

Ertikata lain, sama juga dengan kenyataan resmi Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang menyebut bahawa PAS akan membantu untuk kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kajang dan isu MB Selangor tidak timbul kerana tumpuan haruslah di PRK Dun Kajang.  Malangnya, ada pimpinan yang mentafsir jauh dari kenyataan Presiden PAS iaitu kononnya PAS menolak Dato' Seri Anwar sebagai MB Selangor.  Apakah penafsiran sedemikian rupa bijak untuk diperkatakan secara umum tatkala Presiden mereka mahu memenangkan calon kita di PRK Dun Kajang?  

KEADILAN Pahang membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang menimbulkan keraguan dan kontroversi seperti itu.  Tatkala Presiden PAS menyebut isu MB tidak timbul, ada yang berani menimbulkannya dengan penafsiran yang jauh berbeza.  Kami telah bersedia untuk pilihanraya kecil ini dan telahpun mengatur petugas-petugas bagi membantu jentera Pakatan Rakyat di Kajang nanti.  MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jentera kempen dari KEADILAN Pahang.

Ini juga yang telah kami lakukan sewaktu membantu PRK Dun Sg Limau dahulu di mana kemenangan calon PAS adalah hasil kerjasama dan muafakat bersama Pakatan Rakyat.  Kali ini, kita berharap semangat yang sama dikekalkan tanpa ada prasangka dan nawaitu yang lain.  Demi menghadapi musuh iaitu Umno/Bn, tiada jalan lain kecuali berganding bahu, rapatkan saf dan mara ke medan bersama.  Diharapkan rakan dari Pakatan Rakyat Pahang juga bersedia untuk ke medan bersama agar kerjasama baik kita selama ini terus berkekalan.

No comments:

Post a Comment