KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, February 1, 2014

DUN KAJANG - MENGKRITIK DAN KEPUTUSAN PARTI

Berbagai persepsi dan teori dapat kita lihat di dalam memperkatakan tentang pengosongan Kerusi Dun Kajang untuk memberi laluan kepada Ketua Umum yang juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Pada peringkat awalnya, memang kecoh diperdebatkan kewajaran mengosongkan Kerusi tersebut.  Paling keras datangnya dari Pemuda PAS Selangor dan kita perlu melihat segala bentuk kritikan dan pandangan walaupun secara halus mahu pun kasar sehingga bertindak mengugut, ianya seperti dikatakan oleh Dato' Seri Anwar adalah adil untuk dipandang secara positif.  Mana mungkin akal yang waras boleh menerima tindakan seperti yang diambil oleh Adun Kajang tersebut.  

Sikap bertanggungjawab telah dan akan diambil untuk menjelaskan isu ini.  Sdr Rafizi, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat yang mengakui terlibat di dalam perancangan pemulihan ini telah pun melangkah ke hadapan untuk menjelaskan apa yang perlu dijelaskan agar rakyat lebih memahami rasionalnya langkah luar biasa dan berisiko ini perlu diambil.  Sudah tentu ianya tidak mencukupi untuk memberi penjelasan dan Sdr Rafizi berjanji akan terus menemui rakyat terutamanya di Kajang untuk memberi penjelasan.  Tidak cukup dengan itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga berjanji akan menemui para pengkritiknya termasuk para pengundi di Kajang untuk menerangkan tentang isu ini selepas Sambutan Tahun Baru Cina ini nanti.  Ini bererti tiada apa yang perlu disembunyikan, semuanya akan dijelaskan dan inilah yang rakyat mahu tahu.

Kepada semua ahli parti di dalam PR, mereka berhak berikan pandangan, mereka berha, untuk mendengar penjelasan dan mereka berhak untuk buat pendirian.  Namun harus diingat, apa jua pandangan kita akhirnya kita harus terima keputusan jemaah atau parti.  Jangan kita terperangkap dengan mainan media atau suara-suara musuh yang ingin melihat Selangor terus menghadapi masalah dan memudahkan ejen mereka masuk untuk memberi laluan mudah kepada Umno/Bn merampas negeri terkaya tersebut.  

No comments:

Post a Comment