KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, February 24, 2014

JENTERA PRK DUN KAJANG DARI KEADILAN PAHANG MULA BEROPERASI

Malam tadi (Ahad- 23/2/2014) secara resminya Jentera Pilihanraya dari KEADILAN Pahang yang ditugaskan beroperasi di Daerah Mengundi Taman Kota Cheras bagi PRK Dun Kajang telah dilancarkan oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga bakal calon mewakili PR di Kerusi tersebut.

Jentera KEADILAN Pahang diketuai oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah mendirikan Pusat Gerakan Utama (PGU) bertempat di Taman Damai Jaya, Cheras, Batu 9.  Di lokasi berkenaan program pelancaran jentera pilihanraya KEADILAN Pahang telah mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan PR di Selangor terutamanya dari Hulu Selangor.

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang padat dengan jadualnya bertemu rakyat telah mengakhiri programnya semalam di lokasi ini.  Sementara menanti ketibaan Ketua Umum, beberapa pimpinan dari Pahang dan Selangor telah memberikan sedikit ucapan di hadapan sekitar 2,000 yang hadir malam tadi.  Progam yang telah diPengerusikan oleh Tuan Hj Abas Awang, Ahli MPP/Ketua Cabang Bera membuka tirai dengan menjemput Us Wan Mohd Rosli membacakan doa bagi memohon keberkatan program yang diadakan.

YB Dr Rosli (PAS) - MP Hulu Langat
Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS, YB Dr Rosli menjadi pemidato pertama memberikan ucapan malam tadi.  Beliau yang berucap rengkas menyeru para pengundi di Dun Kajang agar memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana bagi beliau kekosongan Kerusi tersebut hendaklah diambil peluang untuk menunjukkan kepada Umno/Bn bahawa rakyat Selangor tidak lagi yakin dan percaya kepada Umno/Bn sebaliknya mereka menaruh harapan agar kehadiran Ketua Pembangkang ke Selangor akan lebih memberikan kebaikan kepada rakyat Selangor khususnya.

YB Lee Chean Chung - Adun Semambu
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung turut tampil memberikan ucapan.  Beliau berucap diselangselikan dengan bahasa Melayu dan Tiong Hua, mengimbas kembali peristiwa di mana beliau telah digantung dari Dun Pahang untuk dua kali persidangan Dun hanya kerana mempertikaikan bajet lebihan yang dibawa oleh MB Pahang dan berikutan Wakil Rakyat tersebut enggan menarik balik dakwaannya bahawa lebihan RM2.19 juta Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob adalah bajet lebihan palsu.

YB Sim Choon Siang - Adun Teruntum
YB Sim Choon Siang, Adun Teruntum diberi peluang untuk berucap.  Beliau menyeru para pengundi di Kajang agar tidak melupakan betapa khianatnya Bn kerana gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat selepas parti tersebut membentuk Kerajaan.  Kesengsaraan rakyat di dalam menanggung kos sara hidup yang tinggi sekarang sewajarnya Bn dihukum di dalam PRK Dun Kajang.

YB Abdullah Sani - MP Kuala Langat
Di samping pimpinan dari Pahang, program malam tadi juga turut menjemput YB Abdullah Sani, MP Kuala Langat, Selangor.  Pemidato yang berjaya memanaskan suasana malam tadi menyentuh tentang bagaimana Kerajaan PR Negeri Selangor semenjak mula mentadbir negeri ini sentiasa ditekan dan cuba di porak-porandakan oleh Umno/Bn di dalam usaha mereka untuk merampas negeri terkaya ini. Berbagai usaha telah mereka lakukan termasuk sabotaj dari luar dan dalam di samping mencipta berbagai isu kontroversi berbentuk sentimen perkauman dan keagamaan bagi menunjukkan kelemahan Kerajaan PR Selangor.  Sehubungan itu katanya, kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim di Selangor dijangka mampu mengawal strategi Umno/Bn dari terus mengganggu-gugat pemerintahan Kerajaan PR Selangor.  Turut berucap juga adalah Ketua Wanita KEADILAN yang juga MP Ampang, YB Zuraidah Kamarudin.  Beliau juga adalah Timbalan Pengarah Pilihanraya PRK Dun Selangor.

YB Tuan Hj Razali - Adun Dusun Tua
YB Hj Razali Hassan, Adun Dusun Tua yang juga YDP PAS Hulu Langat turut memberikan ucapan rengkas.  Beliau secara tegas menyebut adalah betapa pentingnya Kerusi Dun Kajang ini dikekalkan dengan memberikan kemenangan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Tiada sebab mengapa para pengundi perlu memberikan undi kepada Bn kerana terbukti sekarang parti tersebut sentiasa memungkiri janji-janji mereka dan mereka tidak pernah berhenti dari menyusahkan rakyat.  Kegemilangan PR di Selangor akan terus dipertingkatkan sekiranya Ketua Umum KEADILAN itu memenangi Kerusi berkenaan.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pula membawa nostalgia sewaktu beliau mula-mula mengenali Dato' Seri Anwar Ibrahim di zaman pengajian bersama.  Keprihatinan Dato' Seri Anwar terhadap sebarang kesusahan rakyat telah diperlihatkan sewaktu Ketua Umum tersebut di usia muda dan pelajar lagi.  Disiplin dan akhlak Dato' Seri Anwar terbentuk di usia mudanya dan beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi serta disegani sewaktu memimpin berbagai pertubuhan sebelum menceburi bidang politik.  Fitnah ke atas Dato' Seri Anwar sekarang tidak sedikit pun mengurangkan kepercayannya kepada tokoh hebat ini apatah lagi beliau mengenali bakal calon Dun Kajang ini begitu lama.  Rakyat Kajang bertuah memiliki Wakil Rakyat seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, katanya.  Justeru itu, para pengundi di Kajang diseru untuk tidak berbelah bahagi memberikan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini nanti, katanya.  

YB Dr Tan Seng Giaw - MP Kepong
Sebelum itu, Naib Pengerusi DAP dan MP Kepong, YB Dr Tan Seng Giaw turut memberikan ucapan rengkasnya dan beliau mahu masyarakat Cina khususnya di Kajang agar tidak melayani sebarang provokasi perkauman yang sengaja diada-adakan untuk mencipta keadaan tidak stabil di negara ini.   Dato' Seri Anwar adalah merupakan pemimpin yang sentiasa mahu melihat rakyat berbagai kaum di negara ini bersatu-padu dan hidup dengan penuh keharmonian.  Beliau yakin, masyarakat Cina tidak lagi ragu-ragu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam PRK Dun Kajang nanti.

YB Fuziah Salleh - Naib Presiden/MP Kuantan/Pengarah Jentera KEADILAN Pahang
Sebelum kemunculan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN yang juga MP Kuantan merangkap Pengarah Jentera PRK Dun Kajang KEADILAN Pahang, YB Fuziah Salleh memberikan ucapan.  Beliau tidak banyak berucap selain dari menyatakan rasa bangganya di atas kerjasama rakan-rakan dari PR terutamanya di Selangor yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada jentera KEADILAN Pahang di sini.  Beliau berharap kerjasama di peringkat awal penubuhan jentera ini akan dipertingkatkan menjelang hari berkempen nanti.  YB Fuziah turut mengumumkan beberapa nama yang telah dipilih untuk mengetuai jentera kempen mengikut zon-zon yang ditetapkan.  Kemudiannya, beliau memohon kepada Dato; Seri Anwar untuk merasmikan jentera dan memperkenalkan kepada ketua-ketua jentera yang telah dilantik.

Dato' Seri Anwar diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Petugas Kempen

Kemuncak program malam tadi adalah pidato oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau menyampaikan pidatonya sejurus selepas diperkenalkan kepada ketua-ketua jentera kempen yang akan mengetuai kempen bagi Daerah Mengundi Taman Kota Cheras di dalam PRK Dun Kajang nanti.  

Di dalam ucapannya sekitar 45 minit, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kecemerlangan pemerintahan Kerajaan PR Selangor harus diperkuatkan lagi memanangkan tekanan dan ganggu-gugat dari Umno/Bn dilihat kini semakin luar biasa.  Strategi Umno/Bn untuk merampas Selangor dari PR harus juga didepani dengan strategi yang juga mungkin luar biasa.  Sehubungan itu katanya, "Kajang Move' merupakan satu strategi atau pendekatan taktikal yang mahu tidak mahu mesti dilakukan agar kita mampu menyekat kemaraan mereka.  



Fitnah oleh media, adu dumba yang dijalankan oleh mereka untuk melihat perpecahan berlaku di dalam PR haruslah kita hadapi dengan bijaksana.  Di dalam PR ujarnya, kita bersedia menerima kritikan yang positif dan membina serta bersetuju untuk berbeza pendapat, tetapi yang pasti di dalam PR adalah menentang musuh yang utama iaitu Umno/Bn.  Fokus untuk berdepan dengan musuh adalah penting dari kita terleka dan lalai dengan perbezaan pendapat sesama PR.



Beliau yakin, para pengundi di Kajang akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan rekod PR.  Beliau juga merasa gembira dengan kerjasama rakan-rakan di dalam PR yang sentiasa mengutamakan persepakatan di dalam menghadapi musuh politik bersama iaitu Umno/Bn.  InsyaAllah katanya, berkat kesungguhan bekerja kuat dan bersatu padu di dalam PR di samping bertawakkal. Kerusi Dun Kajang akan dapat dikekalkan demi untuk mempertahankan Selangor di bawah PR seterusnya menjadi dorongan yang lebih kuat untuk PR menuju ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment