KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, February 18, 2014

KOSONGKAN KERUSI LEBIH BERMARUAH DARI MELOMPAT - TUAN IBRAHIM

Pujian haruslah diberi kepada Naib Presiden PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberikan pendapat secara jujur berkaitan kekosongan Kerusi oleh Wakil Rakyat.  Memetik kenyataan beliau dari akhbar Harakah (17-20 Feb 2014), beliau menyatakan adalah lebih bermaruah kosongkan Kerusi Wakil Rakyat berbanding dari melompat parti kerana Wakil Rakyat yang melompat parti itu telah menghina mandat rakyat.


Ybhg Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Kenyataan beliau itu merujuk kepada cadangan SPR untuk mengkaji undang-undang bagi menghalang seseorang Wakil Rakyat itu dari melepaskan jawatannya tanpa sebab yang kukuh.  Katanya, SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak, sebaliknya hendaklah melihat dari segi keperluan untuk berbuat demikian.  Beliau memberi contoh peristiwa tiga Adun yang melompat di Perak sehinggakan tumbangnya Kerajaan PR di Perak, yang mana sepatutnya Adun-Adun berkenaan mengosongkan Kerusi mereka untuk diserahkan kepada rakyat bagi menentukan pilihan mereka.

Bersetuju dengan kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim, bahawa SPR mesti mengatasi masalah Adun-Adun yang mengkhianati demokrasi dan mandat rakyat yang dengan mudah melompat parti sedangkan mereka diangkat sebagai Wakil Rakyat adalah di atas kepercayaan rakyat kepada parti yang mereka wakili.  Sekiranya seseorang Adun itu merasakan beliau tidak lagi mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya atau atas apa jua alasannya, adalah lebih bermoral dikosongkan Kerusi tersebut untuk diserahkan mandat sekali lagi kepada rakyat untuk membuat pilihan, bukannya dengan cara melompat parti.

Sehubungan itu, SPR mesti melihat semula undang-undang melompat parti terlebih dahulu sebelum sibuk untuk mengkaji undang-undang mengosongkan Kerusi.  SPR tidak harus cepat melatah dengan reaksi dari pimpinan Umno/Bn tanpa memikirkan mana satukah yang paling utama untuk diambil tindakan.

No comments:

Post a Comment