KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, February 28, 2014

PRK DUN KAJANG - PRESIDEN PAS TURUN KAJANG MALAM INI


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan akan turun ke Taman Mesra, Kajang pada malam ini..

Beliau dijangka akan melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat di Padang Rekreasi Taman Mesra pada jam 9 malam.

Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang dihubungi berkata, pihaknya akan menurunkan jentera bagi membantu pilihan raya kecil Kajang.

"Kami akan turun pada 28 Febuari ini melancarkan jentera Pemuda Pakatan Rakyat dan akan menyediakan jentera untuk berkempen," katanya.

PRK Kajang berlaku ekoran perletakan jawatan oleh Adun Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Ekoran itu, Majlis Pimpinan Selangor telah memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut, manakala BN telah memilih calon wanita daripada MCA Chew Mei Fun bagi mencabar Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian manakala 11 Mac ini hari penamaan calon./Harakahdaily

Monday, February 24, 2014

TAKZIAH DARI KEADILAN KEPADA MB PAHANG

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang serta seluruh ahli KEADILAN Pahang mengucapkan Takziah kepada YAB MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob serta seluruh keluarga beliau di atas kembalinya bonda kesayangannya Almarhumah Saadiah Osman, 84 tahun ke Rahmatullah kira-kira jam 11.00 pagi tadi di Hospital KPJ, Damansara.

Mudah-mudahan Roh Almarhumah di tempatkan di kalangan orang-orang yang Solehah serta mendapat kerahmatan dan pengampunan dari Allah S.W.T.  Kami juga mendoakan agar YAB Dato' Seri Adnan Yaakob serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.

AL FATIHAH

JENTERA PRK DUN KAJANG DARI KEADILAN PAHANG MULA BEROPERASI

Malam tadi (Ahad- 23/2/2014) secara resminya Jentera Pilihanraya dari KEADILAN Pahang yang ditugaskan beroperasi di Daerah Mengundi Taman Kota Cheras bagi PRK Dun Kajang telah dilancarkan oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga bakal calon mewakili PR di Kerusi tersebut.

Jentera KEADILAN Pahang diketuai oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah mendirikan Pusat Gerakan Utama (PGU) bertempat di Taman Damai Jaya, Cheras, Batu 9.  Di lokasi berkenaan program pelancaran jentera pilihanraya KEADILAN Pahang telah mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan PR di Selangor terutamanya dari Hulu Selangor.

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang padat dengan jadualnya bertemu rakyat telah mengakhiri programnya semalam di lokasi ini.  Sementara menanti ketibaan Ketua Umum, beberapa pimpinan dari Pahang dan Selangor telah memberikan sedikit ucapan di hadapan sekitar 2,000 yang hadir malam tadi.  Progam yang telah diPengerusikan oleh Tuan Hj Abas Awang, Ahli MPP/Ketua Cabang Bera membuka tirai dengan menjemput Us Wan Mohd Rosli membacakan doa bagi memohon keberkatan program yang diadakan.

YB Dr Rosli (PAS) - MP Hulu Langat
Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS, YB Dr Rosli menjadi pemidato pertama memberikan ucapan malam tadi.  Beliau yang berucap rengkas menyeru para pengundi di Dun Kajang agar memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana bagi beliau kekosongan Kerusi tersebut hendaklah diambil peluang untuk menunjukkan kepada Umno/Bn bahawa rakyat Selangor tidak lagi yakin dan percaya kepada Umno/Bn sebaliknya mereka menaruh harapan agar kehadiran Ketua Pembangkang ke Selangor akan lebih memberikan kebaikan kepada rakyat Selangor khususnya.

YB Lee Chean Chung - Adun Semambu
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung turut tampil memberikan ucapan.  Beliau berucap diselangselikan dengan bahasa Melayu dan Tiong Hua, mengimbas kembali peristiwa di mana beliau telah digantung dari Dun Pahang untuk dua kali persidangan Dun hanya kerana mempertikaikan bajet lebihan yang dibawa oleh MB Pahang dan berikutan Wakil Rakyat tersebut enggan menarik balik dakwaannya bahawa lebihan RM2.19 juta Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob adalah bajet lebihan palsu.

YB Sim Choon Siang - Adun Teruntum
YB Sim Choon Siang, Adun Teruntum diberi peluang untuk berucap.  Beliau menyeru para pengundi di Kajang agar tidak melupakan betapa khianatnya Bn kerana gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat selepas parti tersebut membentuk Kerajaan.  Kesengsaraan rakyat di dalam menanggung kos sara hidup yang tinggi sekarang sewajarnya Bn dihukum di dalam PRK Dun Kajang.

YB Abdullah Sani - MP Kuala Langat
Di samping pimpinan dari Pahang, program malam tadi juga turut menjemput YB Abdullah Sani, MP Kuala Langat, Selangor.  Pemidato yang berjaya memanaskan suasana malam tadi menyentuh tentang bagaimana Kerajaan PR Negeri Selangor semenjak mula mentadbir negeri ini sentiasa ditekan dan cuba di porak-porandakan oleh Umno/Bn di dalam usaha mereka untuk merampas negeri terkaya ini. Berbagai usaha telah mereka lakukan termasuk sabotaj dari luar dan dalam di samping mencipta berbagai isu kontroversi berbentuk sentimen perkauman dan keagamaan bagi menunjukkan kelemahan Kerajaan PR Selangor.  Sehubungan itu katanya, kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim di Selangor dijangka mampu mengawal strategi Umno/Bn dari terus mengganggu-gugat pemerintahan Kerajaan PR Selangor.  Turut berucap juga adalah Ketua Wanita KEADILAN yang juga MP Ampang, YB Zuraidah Kamarudin.  Beliau juga adalah Timbalan Pengarah Pilihanraya PRK Dun Selangor.

YB Tuan Hj Razali - Adun Dusun Tua
YB Hj Razali Hassan, Adun Dusun Tua yang juga YDP PAS Hulu Langat turut memberikan ucapan rengkas.  Beliau secara tegas menyebut adalah betapa pentingnya Kerusi Dun Kajang ini dikekalkan dengan memberikan kemenangan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Tiada sebab mengapa para pengundi perlu memberikan undi kepada Bn kerana terbukti sekarang parti tersebut sentiasa memungkiri janji-janji mereka dan mereka tidak pernah berhenti dari menyusahkan rakyat.  Kegemilangan PR di Selangor akan terus dipertingkatkan sekiranya Ketua Umum KEADILAN itu memenangi Kerusi berkenaan.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pula membawa nostalgia sewaktu beliau mula-mula mengenali Dato' Seri Anwar Ibrahim di zaman pengajian bersama.  Keprihatinan Dato' Seri Anwar terhadap sebarang kesusahan rakyat telah diperlihatkan sewaktu Ketua Umum tersebut di usia muda dan pelajar lagi.  Disiplin dan akhlak Dato' Seri Anwar terbentuk di usia mudanya dan beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi serta disegani sewaktu memimpin berbagai pertubuhan sebelum menceburi bidang politik.  Fitnah ke atas Dato' Seri Anwar sekarang tidak sedikit pun mengurangkan kepercayannya kepada tokoh hebat ini apatah lagi beliau mengenali bakal calon Dun Kajang ini begitu lama.  Rakyat Kajang bertuah memiliki Wakil Rakyat seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, katanya.  Justeru itu, para pengundi di Kajang diseru untuk tidak berbelah bahagi memberikan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini nanti, katanya.  

YB Dr Tan Seng Giaw - MP Kepong
Sebelum itu, Naib Pengerusi DAP dan MP Kepong, YB Dr Tan Seng Giaw turut memberikan ucapan rengkasnya dan beliau mahu masyarakat Cina khususnya di Kajang agar tidak melayani sebarang provokasi perkauman yang sengaja diada-adakan untuk mencipta keadaan tidak stabil di negara ini.   Dato' Seri Anwar adalah merupakan pemimpin yang sentiasa mahu melihat rakyat berbagai kaum di negara ini bersatu-padu dan hidup dengan penuh keharmonian.  Beliau yakin, masyarakat Cina tidak lagi ragu-ragu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam PRK Dun Kajang nanti.

YB Fuziah Salleh - Naib Presiden/MP Kuantan/Pengarah Jentera KEADILAN Pahang
Sebelum kemunculan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN yang juga MP Kuantan merangkap Pengarah Jentera PRK Dun Kajang KEADILAN Pahang, YB Fuziah Salleh memberikan ucapan.  Beliau tidak banyak berucap selain dari menyatakan rasa bangganya di atas kerjasama rakan-rakan dari PR terutamanya di Selangor yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada jentera KEADILAN Pahang di sini.  Beliau berharap kerjasama di peringkat awal penubuhan jentera ini akan dipertingkatkan menjelang hari berkempen nanti.  YB Fuziah turut mengumumkan beberapa nama yang telah dipilih untuk mengetuai jentera kempen mengikut zon-zon yang ditetapkan.  Kemudiannya, beliau memohon kepada Dato; Seri Anwar untuk merasmikan jentera dan memperkenalkan kepada ketua-ketua jentera yang telah dilantik.

Dato' Seri Anwar diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Petugas Kempen

Kemuncak program malam tadi adalah pidato oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau menyampaikan pidatonya sejurus selepas diperkenalkan kepada ketua-ketua jentera kempen yang akan mengetuai kempen bagi Daerah Mengundi Taman Kota Cheras di dalam PRK Dun Kajang nanti.  

Di dalam ucapannya sekitar 45 minit, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kecemerlangan pemerintahan Kerajaan PR Selangor harus diperkuatkan lagi memanangkan tekanan dan ganggu-gugat dari Umno/Bn dilihat kini semakin luar biasa.  Strategi Umno/Bn untuk merampas Selangor dari PR harus juga didepani dengan strategi yang juga mungkin luar biasa.  Sehubungan itu katanya, "Kajang Move' merupakan satu strategi atau pendekatan taktikal yang mahu tidak mahu mesti dilakukan agar kita mampu menyekat kemaraan mereka.  



Fitnah oleh media, adu dumba yang dijalankan oleh mereka untuk melihat perpecahan berlaku di dalam PR haruslah kita hadapi dengan bijaksana.  Di dalam PR ujarnya, kita bersedia menerima kritikan yang positif dan membina serta bersetuju untuk berbeza pendapat, tetapi yang pasti di dalam PR adalah menentang musuh yang utama iaitu Umno/Bn.  Fokus untuk berdepan dengan musuh adalah penting dari kita terleka dan lalai dengan perbezaan pendapat sesama PR.



Beliau yakin, para pengundi di Kajang akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan rekod PR.  Beliau juga merasa gembira dengan kerjasama rakan-rakan di dalam PR yang sentiasa mengutamakan persepakatan di dalam menghadapi musuh politik bersama iaitu Umno/Bn.  InsyaAllah katanya, berkat kesungguhan bekerja kuat dan bersatu padu di dalam PR di samping bertawakkal. Kerusi Dun Kajang akan dapat dikekalkan demi untuk mempertahankan Selangor di bawah PR seterusnya menjadi dorongan yang lebih kuat untuk PR menuju ke Putrajaya.

Sunday, February 23, 2014

ANWAR DI TAMAN KOTA CERAS MALAM INI

Pelancaran Jentera PKR Negeri Pahang di dalam PRK Dun Kajang akan dilancarkan oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim malam ini (Ahad- 23/2/2014) bermula jam 09.00 malam bertempat di Perkarangan Surau Nurul Aman, Taman Damai Jaya, Cheras.

Jentera PKR Pahang akan beroperasi di Daerah Mengundi Taman Kota Cheras.  Di antara pimpinan yang akan berucap adalah YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Fuziah Salleh (Pengarah Jentera/MP Kuantan), YB Hanifah Maideen (MP Sepang) dan beberapa pimpinan lain.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai malam ini.

Friday, February 21, 2014

AHLI UMNO SERTAI KEADILAN DI MARAN

Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah membanggakan.  Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB Sim Choon Sian, Adun Teruntum.  Di samping itu, dua Kerusi Parlimen yang dipegang oleh wakil KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota dan YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan telah berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar.

Parlimen Indera Mahkota berjaya dipertahankan apabila YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) telah memperolehi majoriti besar iaitu 7, 523 undi menewaskan calon Umno/Bn.  Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusinya untuk Penggal Kedua dengan majoriti yang meningkat iaitu sebanyak 4.515 undi.  

Sdr Boestamim - Ketua Cabang Maran
Meskipun cita-cita kita untuk ke Putrajaya gagal dicapai walaupun Pakatan Rakyat memperolehi undi popular 53% berbanding Bn sebanyak 47% sahaja, kejayaan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di Negeri Pahang di dalam PRU 13 yang lalu amat membanggakan.  Daripada tiada satu pun Kerusi di Dun Negeri Pahang di dalam PRU 12, KEADILAN mampu merampas dua Kerusi kali ini.

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama di dalam Pakatan Rakyat di mana rakan-rakan kita PAS dan DAP juga mendapat faedah dari kerjasama yang baik ini.  Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari PRU 13 yang lalu bagi kita terus memperkuatkan saf Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Gelombang rakyat mulai dapat dirasakan di Negeri Pahang sekarang walaupun PRU 13 baru sahaja selesai.  Akibat dari kegagalan Najib selaku PM menunaikan janji-janji kepada rakyat sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan sekarang, rakyat di Pahang kini mula berminat untuk bersama Pakatan Rakyat.  Sewaktu musibah banjir besar melanda Pahang terutamanya di Kuantan, ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri dan Pusat yang seolah-olah memandang remeh kejadian banjir yang berlaku.  Akibatnya, tidak kurang dari 100 ahli Umno Kuantan telah menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan kepada Umno/Bn.

Pada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.  Program ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu) dan YDP Pas Maran.  

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk menambah keahlian parti di Cabang Maran.  Komitmen beliau di dalam menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu.  Keikhlasannya memperjuangkan prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.


Tuesday, February 18, 2014

KOSONGKAN KERUSI LEBIH BERMARUAH DARI MELOMPAT - TUAN IBRAHIM

Pujian haruslah diberi kepada Naib Presiden PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberikan pendapat secara jujur berkaitan kekosongan Kerusi oleh Wakil Rakyat.  Memetik kenyataan beliau dari akhbar Harakah (17-20 Feb 2014), beliau menyatakan adalah lebih bermaruah kosongkan Kerusi Wakil Rakyat berbanding dari melompat parti kerana Wakil Rakyat yang melompat parti itu telah menghina mandat rakyat.


Ybhg Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Kenyataan beliau itu merujuk kepada cadangan SPR untuk mengkaji undang-undang bagi menghalang seseorang Wakil Rakyat itu dari melepaskan jawatannya tanpa sebab yang kukuh.  Katanya, SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak, sebaliknya hendaklah melihat dari segi keperluan untuk berbuat demikian.  Beliau memberi contoh peristiwa tiga Adun yang melompat di Perak sehinggakan tumbangnya Kerajaan PR di Perak, yang mana sepatutnya Adun-Adun berkenaan mengosongkan Kerusi mereka untuk diserahkan kepada rakyat bagi menentukan pilihan mereka.

Bersetuju dengan kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim, bahawa SPR mesti mengatasi masalah Adun-Adun yang mengkhianati demokrasi dan mandat rakyat yang dengan mudah melompat parti sedangkan mereka diangkat sebagai Wakil Rakyat adalah di atas kepercayaan rakyat kepada parti yang mereka wakili.  Sekiranya seseorang Adun itu merasakan beliau tidak lagi mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya atau atas apa jua alasannya, adalah lebih bermoral dikosongkan Kerusi tersebut untuk diserahkan mandat sekali lagi kepada rakyat untuk membuat pilihan, bukannya dengan cara melompat parti.

Sehubungan itu, SPR mesti melihat semula undang-undang melompat parti terlebih dahulu sebelum sibuk untuk mengkaji undang-undang mengosongkan Kerusi.  SPR tidak harus cepat melatah dengan reaksi dari pimpinan Umno/Bn tanpa memikirkan mana satukah yang paling utama untuk diambil tindakan.

Sunday, February 16, 2014

MAJLIS ILMU BULANAN DI KEDIAMAN DATO' FAUZI



Semenjak kebelakangan ini negara kita dikumandangkan dengan isu-isu "Syiah" dan paling mendukacitakan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan melabelkan musuh-musuh politik mereka sebagai pengikut Syiah.  Isu yang sepatutnya dibahaskan secara ilmiah oleh pakar-pakar di bidang agama telah digunapakai oleh pimpinan politik yang tiada latarbelakang agama untuk membicarakannya.

Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita menetapkan Islam sebagai agama resmi di mana Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangannya.  Justeru itu, sebelum kita layak untuk membahaskan fahaman Syiah, kita mesti mendalami mazhab kita sendiri iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Bagaimana kita boleh mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekiranya asas kepada iktikad ini kita tidak mengetahuinya?



Sehubungan itu, menyedari betapa pentingnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini terus terpelihara, maka di atas inisiatif Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah mengadakan Jadual Bulanan Majlis Ilmu bagi membicarakan hak-hal berkaitan Akidah.  Beliau telah menjadikan kediamannya sendiri untuk program bulanan ini iaitu setiap hari Sabtu minggu ketiga yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Alim Hassan.

Program Majlis Ilmu "Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota sendiri dan juga dari Yayasan BAIK.  Program yang bermula jam 09.00 malam ini diadakan di kediaman YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di alamat No. 14, Lorong IM 5/14, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.  Majlis Ilmu ini terbuka kepada semua dan ada ketikanya beberapa pihak sudi memberikan sedikit sedekah makan dan minum.  


Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, sedekah untuk jamuan makan dan minum pada majlis tersebut, bolehlah terus menghubungi Staf di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Sesungguhnya memberi makan dan minum kepada orang-orang yang menuntut ilmu itu amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.  

Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan dari Allah.

Saturday, February 15, 2014

KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT SEMUA DARI ANWAR, TAPI KITA DAPAT SEBAHAGIAN DARINYA - SUBKY LATIF

SUBKY ABDUL LATIF

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Tn Hj Subky Abdul Latif - Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan/Penulis
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya. 
 

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik./Harakahdaily

Friday, February 14, 2014

MAAHAD TAHFIZ MUHAMMADI BUKIT RANGIN, KUANTAN TERBAKAR MALAM TADI

Malam tadi dilaporkan satu kebakaran telah berlaku di Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin, Kuantan yang mana kebakaran tersebut telah memusnahkan sebahagian dari surau, asrama pelajar, bilik pengajian dan pejabat.


Sejurus mendapat maklumat tersebut, Ketua AMK Pahang, Sdr Alang yang juga salah seorang dari Sukarelawan dari Pejabat MP Kuantan dan Indera Mahkota telah turun membantu serta memberikan sumbangan berupa beras, air mineral, biskut, alas tidur (toto) dan beberapa barangan yang lain bagi meringankan bebanan pihak Maahad Tahfiz tersebut.  Di samping itu juga Sukarelawan turut membantu tugas-tugas yang perlu dilakukan di tempat kejadian.

Maklumat lengkap kejadian serta punca-punca kebakaran masih belum diperolehi.

Sumber:  FB Alang (Ketua AMK Pahang)

Wednesday, February 12, 2014

KEADILAN PAHANG TIDAK TERLIBAT DI DALAM PENGANJURAN FORUM "KAJANG MOVE - STRATEGI KE PUTRAJAYA?" PADA 19 FEB INI


Setelah mendapat banyak pertanyaan dari orang ramai tentang penganjuran Forum "Kajang Move" - Strategi Ke Putrajaya yang dijadual pada 19 Feb 2014 (Rabu) bermula jam 09.30 malam bertempat di Dewan Tarbiyyah, Tg Lumpur, Kuantan, maka dengan ini ingin ditegaskan KEADILAN Negeri Pahang tidak terlibat samasekali dengan penganjuran forum tersebut.

Difahamkan forum yang melibatkan Ahli Panelnya YB Ustaz Nasruddin Tantawi (MP Temerloh), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang) dan Prof Dr Muhammad (UIA) itu adalah dianjurkan oleh pihak lain yang mahu menjernihkan keadaan bagi menjelaskan kepada orang ramai yang mungkin masih belum jelas tentang isu PRK Dun Kajang.

Sebelum ini kita melihat isu pengosongan Kerusi Dun Kajang itu menjadi hangat diperdebatkan melalui media sosial (FB dan Blog) terutamanya di kalangan para penyokong PR sendiri.  Ada pimpinan parti juga turut terlibat di dalam perbahasan ini yang mana membuatkan ramai yang keliru apakah sebenarnya yang berlaku.  Sehubungan itu, KEADILAN Pahang melihat usaha pihak penganjur menganjurkan forum ini bertindak positif  dan kita berharap ahli-ahli Panel boleh berhujah dengan baik beserta dengan fakta yang ada serta menjauhi dari mengeluarkan pendapat secara emosi.

Perlu diingatkan, ini bukannya perdebatan yang berkonsepkan melawan hujah lawan masing-masing.  Ini merupakan forum yang mana satu pihak keluarkan pandangan mereka manakala di pihak yang lain mengeluarkan pendapat mereka.  Apa jua kesimpulan hasil dari forum ini bukannya mewakili parti mereka yang terlibat kerana di pihak parti di dalam PR telah pun membuat keputusan masing-masing berkaitan isu PRK Dun Kajang ini.

 

Monday, February 10, 2014

SEKITAR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KUANTAN SEMALAM



Pada 09 Februari 2014, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato’ Fauzi Abdul Rahman telah hadir ke Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2014 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Persatuan Tionghua Kuantan.

Turut hadir adalah Adun Semambu YB Lee Chean Chung, Adun Teruntum YB Sim Chong Siang, YB Tanjung Lumpur YB Ustaz Rosli Jabar bersama pasukan masing-masing. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Pahang YB Dato’ Shafik Fauzan.

Majlis tersebut telah diadakan dengan sangat meriah dengan persembahan tarian singga yan dipersembahkan oleh kumpulan tarian profesional. Selain itu persembahan tarian naga dan beberapa persembahan lain juga telah diadakan./datofauzi.com
 
 

Sunday, February 9, 2014

PRK DUN KAJANG - JENTERA KEADILAN PAHANG BERSIAP SEDIA

Meskipun menyedari terdapat suara-suara sumbang di kalangan pimpinan dari rakan-rakan dari PR di dalam menghadapi PRK Dun Kajang, KEADILAN Pahang tetap berpegang kepada keputusan pimpinan PR di peringkat tertinggi bahawa PRK Dun Kajang mesti dihadapi dengan mempastikan calon yang dipersetujui bersama iaitu Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut.

KEADILAN Pahang juga tidak mahu menyentuh isu MB Selangor kerana proses untuk menentukan samada MB Selangor akan dikekalkan seperti sekarang atau mahu digantikan selepas PRK Dun Kajang pastinya melalui proses biasa iaitu mendapat sokongan majoriti Adun di Dun Selangor serta perkenan Sultan Selangor.  

Ertikata lain, sama juga dengan kenyataan resmi Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang menyebut bahawa PAS akan membantu untuk kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kajang dan isu MB Selangor tidak timbul kerana tumpuan haruslah di PRK Dun Kajang.  Malangnya, ada pimpinan yang mentafsir jauh dari kenyataan Presiden PAS iaitu kononnya PAS menolak Dato' Seri Anwar sebagai MB Selangor.  Apakah penafsiran sedemikian rupa bijak untuk diperkatakan secara umum tatkala Presiden mereka mahu memenangkan calon kita di PRK Dun Kajang?  

KEADILAN Pahang membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang menimbulkan keraguan dan kontroversi seperti itu.  Tatkala Presiden PAS menyebut isu MB tidak timbul, ada yang berani menimbulkannya dengan penafsiran yang jauh berbeza.  Kami telah bersedia untuk pilihanraya kecil ini dan telahpun mengatur petugas-petugas bagi membantu jentera Pakatan Rakyat di Kajang nanti.  MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jentera kempen dari KEADILAN Pahang.

Ini juga yang telah kami lakukan sewaktu membantu PRK Dun Sg Limau dahulu di mana kemenangan calon PAS adalah hasil kerjasama dan muafakat bersama Pakatan Rakyat.  Kali ini, kita berharap semangat yang sama dikekalkan tanpa ada prasangka dan nawaitu yang lain.  Demi menghadapi musuh iaitu Umno/Bn, tiada jalan lain kecuali berganding bahu, rapatkan saf dan mara ke medan bersama.  Diharapkan rakan dari Pakatan Rakyat Pahang juga bersedia untuk ke medan bersama agar kerjasama baik kita selama ini terus berkekalan.

Friday, February 7, 2014

SEKITAR PROGRAM HI-TEA BERSAMA ANWAR DI KAJANG DAN JENTERA PRK MULA DISUSUN


Petang semalam (06 Feb 2014), jam 04.30 petang telah diadakan Program Hi-Tea bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, tokoh yang dicalonkan oleh PR untuk bertanding di PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini nanti.  Program yang telah diadakan di Pusat Komuniti Sg Kantan, Kajang itu telah dihadiri oleh masyarakat berbagai kaum di perkampongan tersebut.

Turut berucap sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Ucapan ringkas beliau banyak menceritakan tentang latar belakang Ketua Pembangkang tersebut bermula dari menuntut di MCKK sehinggalah beliau menjadi tokoh ternama sewaktu di dalam Umno.  Dato' Fauzi juga turut menceritakan tentang konspirasi jahat yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar memandangkan tokoh ini mampu mengugat pimpinan Umno dengan keperibadian dan perwatakan sebagai tokoh Islam yang bukan sahaja hebat di negara ini bahkan turut dihormati oleh dunia Islam.

Dato' Fauzi sedang berucap
Ahli Parlimen Indera Mahkota ini juga menceritakan ketika itu beliau berada di dalam Kerajaan dan cuba dipengaruhi oleh Tun Mahathir agar menjauhkan dirinya dari Dato' Seri Anwar dan cuba meyakinkan beliau bahawa Dato' Seri Anwar adalah seorang yang bermoral rendah.  Dato' Fauzi menegaskan beliau menolak segala hasutan Mahathir kerana beliau mengenali keperibadian Dato' Seri Anwar sebelum tokoh hebat ini menyertai bidang politik.  Rakyat Kajang katanya harus merasa bangga kerana tokoh hebat ini sudi berkhidmat di Kajang dan Kajang merupakan satu tapak yang bakal mencipta sejarah ke Putrajaya, InsyaAllah.

Timbalan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor dan MP Gombak, YB Azmin Ali kemudiannya berucap dengan menyatakan pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Dun Kajang telah mendapat sokongan padu dari kesemua rakan di dalam PR.  Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di dalam PR yang sudi memahami situasi ini dan berkongsi untuk memperkuatkan lagi kedudukan PR di Selangor.  Tentunya ada yang sukar menerima keputusan drastik dan berisiko tinggi yang telah diambil untuk mengosongkan Kerusi Dun Kajang ini namun beliau percaya akhirnya mereka akan faham bahawa di dalam politik ada ketikanya kita merancang sesuatu yang di luar jangkaan orang ramai kerana kita menghadapi sesuatu tekanan yang hebat dari Umno/Bn yang kita juga tidak menjangkakannya.  

YB Azmin Ali berucap
Sehubungan itu, tokoh yang paling layak untuk mengepalai kita berdepan dengan gergasi Umno/Bn di bawah Najib ini adalah Dato' Seri Anwar kerana beliau mempunyai pengalaman dengan berbagai muslihat dan helah licik Umno/Bn yang begitu kepingin untuk merampas Selangor dari PR.   Prinsip yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar iaitu keadilan untuk semua kaum yang juga menjadi asas kepada perjuangan PR haruslah bermula di Selangor sebelum kita ke Putrajaya.  Selangor akan dijadikan contoh bagaimana prinsip ini akan direalisasikan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap
Sebelum majlis Hi-Tea bersama penduduk, Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap ringkas di mana beliau menjelaskan kembali mengapa perlunya beliau berada di Dun Kajang.  Sekali lagi beliau tegaskan, kekosongan Kerusi Dun Kajang oleh Wakil Rakyat dari KEADILAN sebelum ini tidak sedikit pun mempunyai unsur-unsur tawaran atau habuan yang diberikan.  Seandainya habuan yang diinginkan, lojiknya Adun ini melompat keluar parti dan menyertai Bn dan tentunya habuan yang diperolehi lebih besar dan menarik lagi.  Kekosongan Kerusi tersebut adalah bersyarat di mana Adun berkenaan mahu Dato' Seri Anwar sahaja yang bertanding kerana beliau turut merasakan sudah tiba masanya Selangor ini mempunyai tokoh yang mampu berdepan dengan tekanan yang semakin kuat dari Umno/Bn.  

Walaupun itu adalah kehendak Adun berkenaan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan sokongan dari rakan-rakan dari PR dan setelah dibincangkan bersama maka PR bersetuju Dato' Seri Anwar bertanding di PRK Dun Kajang.  Komitmen rakan-rakan dari PR amat baik walaupun pada awalnya memang terdapat pro dan kontra tentang isu ini.  Di dalam politik, tidak semua orang boleh setuju dengan tindakan yang kita ambil dan kita mesti menghormati pandangan yang berbeza, ujar Anwar.

Sesi Taklimat Jentera KEADILAN PRK Dun Kajang
Sebelum program petang tersebut, satu Taklimat Jentera KEADILAN PRK Dun Kajang telah diadakan yang mana telah dihadiri oleh semua wakil dari setiap negeri.   Pengerusi KEADILAN Negeri Selangor, YB Azmin Ali turut hadir, Pengarah Strategi KEADILAN, YB Rafizi Ramli, Ketua AMK dan Wanita juga hadir.  Setiap negeri diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing mengikut lokasi yang ditetapkan.  KEADILAN Pahang di bawah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh akan menggerakkan jenteranya di kawasan Batu 9, Kajang.  

Jentera akan digerakkan sebaik sahaja mendapat arahan dari Pusat.  Apa yang penting, KEADILAN Pahang mesti bersedia mulai sekarang dan pastikan kita bekerja sekuat mungkin untuk menentukan Kerusi Dun Kajang dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar, InsyaAllah.

Tuesday, February 4, 2014

PRK DUN KAJANG - KEADILAN PAHANG TEGUH MENYOKONG KEPUTUSAN PARTI


Langkah pertama Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam memperjelaskan isu kekosongan Kerusi Dun Kajang telah bermula malam tadi.  Bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, bakal calon Dun Kajang ini telah disambut dengan ribuan rakyat Kajang untuk mendengar sendiri penjelasan beliau tentang mengapa pentingnya Kerusi Dun Kajang ini dikosongkan dan mengapa beliau dicalonkan.


Seminggu yang lalu, kita telah menyaksikan betapa hangatnya perdebatan pro dan kontra tentang isu di Kajang melalui media sosial terutamanya di FaceBook.  Perbagai ulasan juga diberikan melalui blog dari berbagai peringkat terdiri dari penyokong atau ahli bawahan tidak ketinggalan juga segelintir yang berjawatan di dalam parti turut merayakan perdebatan hangat ini.

KEADILAN Pahang memandang kesemua ini sebagai satu sesi pembelajaran politik yang lebih matang dan jauh ke hadapan.  Kami berpendapat, betapa seriusnya dan kadangkala agak emosi di dalam setiap perdebatan berkaitan isu di Kajang itu adalah satu bukti betapa para penyokong dan ahli di dalam PR amat menyayangi kesepaduan PR.  Mereka amat bimbang Umno/Bn akan mendapat faedah dari kemelut atau isu ini.



Akhirnya, kesepakatan di dalam PR tercapai dan kita dimaklumkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh KEADILAN di dalam menangani isu ini mendapat sokongan dari rakan-rakan di dalam PR terutamanya di Selangor khususnya berkaitan isu Dun Kajang.  Menyedari bahawa pada awalnya, tidak semua perancangan 'taktikal' perlu dihebahkan kepada askar laskar, memadai cuma beberapa 'Pegawai Tentera Terkanan" agar ianya tidak mudah digagalkan oleh musuh, maka wajarlah sekarang ini ianya diperjelaskan.  Tindakan memperjelaskan isu ini telah pun bermula secara beransur-ansur samada melalui forum oleh beberapa pimpinan seperti Sdr Rafizi (Pengarah Strategi KEADILAN) dan malam tadi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Sehubungan itu, KEADILAN Pahang tentunya akan berdiri teguh di atas muafakat PR dan kami pastinya akan menentukan Kerusi Dun Kajang dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar dengan bantuan rakan-rakan di dalam PR serta beberapa NGO serta beberapa pihak yang tidak berparti yang mahu melihat PR terus menjadi libialiti kepada Umno/Bn untuk mereka terus mengkhianati amanah rakyat.