KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, November 28, 2012

PERLETAKAN JAWATAN TIMB KETUA AMK BERI KELEBIHAN KEPADA JENTERA PARTI

Benarkah seperti yang dihebohkan di dalam satu portal PDO bahawa PKR Pahang bergolak?  Di dalam isu yang berkaitan, selain dari PDO (Pahang Daily Online) yang mengulas di SINI, satu lagi artikel turut mengulas isu yang sama.  Baca DI SINI.

Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Aidil Haryman Mat Nor (Alang)
Sehingga artikel ini ditulis, Pejabat KEADILAN Negeri masih belum menerima secara resmi keputusan perletakan jawatan Sdr Aidil, kecuali hanya membacanya melalui Facebook beliau.  Sekiranya benar beliau telah melepaskan jawatannya, ini bukan bermakna satu pergolakan berlaku di dalam KEADILAN Pahang.  Melalui SMS yang diterima, beliau dengan tegas menyebut bahawa beliau masih yakin dengan perjuangan KEADILAN dan tidak akan keluar dari parti yang begitu lama beliau perjuangkan.

Catatan di dalam FB Sdr Aidil

Beliau turut melahirkan semangatnya untuk menabur jasa kepada parti khususnya di Parlimen Kuantan terutama menjelang PRU akan datang.  Kami memahami prinsip beliau seperti yang beliau nyatakan bahawa beliau lebih suka berjuang di dalam kelompok yang lebih besar serta mempunyai hala tuju yang jelas.

Untuk menyatakan KEADILAN Pahang bergolak hanya kerana isu ini amat tidak tepat samasekali.  Beliau tidak keluar dari parti atau mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan dasar parti bahkan tindakan beliau untuk menumpukan tugas beliau di Parlimen Kuantan akan memantapkan lagi jentera parti di Parlimen tersebut.  

Kematangan politik yang ditunjukkan oleh Sdr Aidil ini mungkin satu ujian terhadap kepimpinan AMK Pahang.  Kami yakin AMK Pahang akan mengambil tindakan yang bijak di dalam mengatasi masalah dalaman sayap ini jika ada.  Di samping itu, kita harus ingat terdapat beberapa usaha dari pihak-pihak tertentu di luar parti untuk mengkucar-kacirkan parti khususnya di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini dimiliki KEADILAN.

No comments:

Post a Comment