KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, April 8, 2015

PRK PERMATANG PAUH DAN ROMPIN SAMA PENTING BUAT PR

Kita bakal berdepan dengan dua ujian, khususnya buat KEADILAN di Permatang Pauh dan berkemungkinan besar PAS di Parlimen Rompin. Kesemuanya akan memberi gambaran sejauh mana PR boleh bekerjasama di dalam situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Di Permatang Pauh, KEADILAN masih belum mengumumkan siapakah bakal calon yang ditampilkan walaupun di dalam media sosial bahkan terdapat pihak musuh yang mengeluarkan surat palsu kononnya dari Tropicana yang menamakan calon bagi mewakili KEADILAN di kubu kuat Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu.

Sebagai ahli parti tidak kira di peringkat mana sekalipun, kita boleh menyatakan siapakah calon yang kita sukai dan kita fikir layak untuk menggantikan tempat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini terpenjara di Sg Buluh. Namun, harus kita ingat akhirnya parti akan membuat keputusan secara bersama di peringkat MPP dan Biro Politik setelah mengambilkira pandangan dari semua termasuk dari akar umbi. Objektif yang terpenting adalah untuk kita kekalkan Kerusi Permatang Pauh dan calonnya mestilah yang boleh berkhidmat kalau pun tidak mampu mengatasi kehebatan Dato' Seri Anwar, sekurang-kurangnya sama seperti beliau yang selama ini begitu cemerlang perkhidmatannya di Permatang Pauh.

Maka, siapa pun yang dipilih oleh parti tentunya tidak memenuhi kehendak setiap orang daripada kita semua. Kita harus kembali kepada keputusan parti dan bersedia menerima sesiapa jua yang diputuskan oleh parti dan wajib kita membantu ke arah mencapai kemenangannya. Suka diingatkan, kita tidak mampu bersendirian untuk menentang Umno/Bn. Kita perlukan rakan-rakan untuk membantu kita sebagaimana juga kita bersedia untuk membantu mereka. Itulah kekuatan PR yang amat ditakuti oleh Umno/Bn.

Begitu juga di Rompin nanti, KEADILAN Pahang khususnya bersedia untuk digerakkan bersama PAS. Terlalu banyak isu di Rompin yang boleh kita kongsikan bersama PAS bagi menerangkan kepada pengundi-pengundi di Rompin bahawa selama ini mereka silap besar apabila memilih Umno/Bn di Rompin. Isu-isu Felda dan nasib Orang Asal pastinya menjadi modal utama kita sepanjang kempen itu nanti.

Kita tidak melihat perbezaan pendapat sedikit sebanyak di antara kita di dalam PR boleh membantu Umno/Bn untuk menang mudah di kedua-dua Kerusi berkenaan. Jika kita bersatu sewaktu bertempur, nescaya Umno/Bn kehabisan modal untuk memecahbelahkan kita.

No comments:

Post a Comment