KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, April 21, 2015

KEADILAN DAN AMK PAHANG UCAP TAHNIAH KEPADA CALON PAS YANG TERPILIH DI PRK ROMPIN


KEADILAN Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Nazri bin Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pahang merangkap YDP Kawasan Rompin yang baru yang telah diumumkan sebagai calon PAS di PRK P091 Rompin pada 05 Mei 2015 ini.

Sejajar dengan kenyataan media oleh Pengerusi MPN Pahang sebelum ini dan selaras dengan keputusan Mesyuarat MPN pada hari Ahad baru-baru ini, KEADILAN Pahang akan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada sesiapa jua calon yang dipilih oleh PAS.  Begitu juga, AMK Pahang telah pun mengeluarkan kenyataan media bagi menyatakan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipertaruhkan oleh PAS untuk berdepan dengan calon Umno/Bn di dalam PRK ini nanti.

Timb Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam mewakili PKR berucap malam tadi di Rompin

Pesuruh Jaya PAS Pahang, Ustaz Tuan Ibrahim
Meskipun KEADILAN Pahang turut terlibat di dalam jentera kempen di PRK P44 Permatang Pauh, namun komitmen terhadap rakan kita di dalam PR di negeri ini tidak berkurangan, malahan mesyuarat MPN kelmarin mengeluarkan arahan agar dua Cabang KEADILAN iaitu Rompin dan Pekan (Cabang berhampiran) termasuk AMK dan Wanita, digerakkan jentera mereka 100% dan kedua-dua Cabang ini dikecualikan dari bertugas di Permatang Pauh.  Mereka diminta sepenuh masa menjadi jentera kempen di Rompin bagi membantu PAS sepanjang kempen ini di bawah SU KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus, dibantu oleh Sdr Jefri KC Pekan dan Sdr Rabidin, KC Rompin. 


Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli
Manakala, lain-lain Cabang akan dikerahkan ke Permatang Pauh bermula pada hari Penamaan Calon.  Namun demikian, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bertugas di Permatang Pauh, MPN mengarahkan agar mereka dapat membantu jentera KEADILAN di Rompin.  Hari Penamaan calon samada di Rompin mahupun di Permatang Pauh, adalah diharapkan semua ahli dan penyokong parti dapat hadir memberikan sokongan kepada calon PR.

Mudah-mudahan dengan pencalonan Ustaz Nazri, seorang tokoh muda yang memang anak jati di Rompin akan dapat membawa inspirasi golongan muda yang sekarang ini rata-rata mahu kepada perubahan. 

No comments:

Post a Comment