KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, March 27, 2015

KEMPEN BEBASKAN ANWAR BERTERUSAN - PROGRAM DI PAHANG PADA 28 MAC 2015 (SABTU)

Pada 28 Mac 2015 (Sabtu) ini, beberapa program telah diatur di dalam merancakkan lagi kempen pembebasan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim khususnya di Negeri Pahang, selain dari kemuncak Himpunan Membantah GST yang juga akan diadakan di Kompleks Sogo pada tarikh yang sama.



Bermula jam 09.00 pagi, pada Sabtu ini akan diadakan protes dengan mencukur rambut sebagai kempen pembebasan Ketua Pembangkang tersebut yang diusahakan oleh Adun Semambu yang juga Exco AMK Pusat, YB Lee Chean Chung dengan kerjasama AMK Pahang.   Protes akan diadakan di tempat letak kenderaan, Pasar Besar Kuantan.  Sehubungan itu, dijemput kepada sesiapa yang ingin menyertainya samada turut bersama mencukur rambut atau hadir sebagai tanda sokongan.



Pada sebelah petang jam 05.00 PM, satu program ceramah sempena siri kempen pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan membantah GST akan diadakan di Markas KEADILAN Ranting Bandar Sg Lembing, Kuantan (Parlimen Paya Besar). 

Penceramah-penceramah yang akan hadir adalah;

1.  YB Rafizi Ramli (MP Pandan/SUA KEADILAN)
2.  YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai/Naib Presiden)
3.  YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota/Pengerusi MPN)
4.  YB Lee Chean Chung (Adun Semambu/Exco AMK Pusat)
5.  Nurul Nuha Anwar



Program seterusnya adalah Majlis Makan Malam yang akan diadakan di Restoren Kamunlau (berdekatan Restoren Ana Ikan Bakar) Tg Lumpur, Kuantan.  Turut hadir adalah YB Nurul Izzah dan YB Rafizi serta beberapa pimpinan yang dijemput.  Tiket/Kopun untuk makan malam telah mula dijual.

Pada tarikh yang sama Sabtu ini, bermula jam 08.00 pagi hingga 06.00 petang, satu Program Pemantapan & Retreat Wanita KEADILAN Pahang akan diadakan di IPK Chemperoh, Kg Janda Baik Bentong yang akan dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN, YB Zuraida Kamaruddin.

Program tersebut akan meliputi perkara-perkara berikut:

1.  Pelancaran Biro Keanggotaan
2.  Pelancaran Biro Penerangan "March To Freedom".

Adalah diharapkan semua Ketua Cabang memberikan sokongan kepada semua program yang telah diatur dengan memaklumkan program-program ini di setiap Cabang masing-masing.


No comments:

Post a Comment