KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, April 15, 2015

KEADILAN PAHANG MENYOKONG DAN AKAN MEMBANTU PAS DI PRK ROMPIN

KEADILAN Negeri Pahang menyokong penuh PAS untuk bertanding di PRK Parlimen Rompin yang bakal diadakan pada 05 Mei ini nanti.  Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini menyebut bahawa KEADILAN Pahang bukan sahaja menyokong penuh calon PAS untuk bertanding di Kerusi tradisi PAS tersebut, malah akan turut membantu PAS di dalam gerak kerja kempen bagi menentukan calon dari PR ini bakal memberikan saingan sengit kepada Umno/Bn.

Meskipun KEADILAN terlibat di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh pada 07 Mei nanti, namun  kita akan mengatur pembahagian tugasan agar kedua-dua PRK ini boleh kita hadapi tanpa sebarang masalah.  Namun, KEADILAN juga bersiap sedia di atas apa jua kemungkinan seandainya disaat-saat akhir PAS menolak untuk bertanding di Kerusi berkenaan, KEADILAN akan meletakkan calonnya dan ini akan dibincangkan bersama di dalam PR Pahang.

KEADILAN Pahang amat yakin, PAS sudah cukup berkemampuan untuk berdepan dengan Umno/Bn di Rompin dan mampu untuk membuat kejutan.  Terlalu banyak isu yang boleh kita bawa di Rompin terutamanya di dalam isu berkaitan felda dan Orang Asal.  Isu nasional seperti GST dan 1MDB juga banyak kaitan dengan masyarakat yang penting juga untuk diketengahkan di Rompin.

Sehubungan itu, KEADILAN Rompin terutamanya perlulah bersedia dari sekarang bagi membantu kempen di mana jentera kempen haruslah digerakkan sebaik sahaja menerima arahan.  MPN akan bermesyuarat di dalam masa yang terdekat bagi mengkoordinasikankedua-dua PRK tersebut.



No comments:

Post a Comment