KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, February 2, 2015

KEADILAN PAHANG CIPTA SEJARAH DI DALAM PERLANTIKAN KETUA AMK NEGERI

KEADILAN Negeri Pahang mencipta sejarah baru apabila seorang anak muda bukan berbangsa Melayu telah dipilih dan diberi amanah menjawat jawatan Ketua AMK Negeri Pahang bagi sesi 2015/17.  Beliau adalah Wong Chun Yuan, 26,  adalah Ketua AMK Indera Mahkota telah dipilih sebagai Ketua AMK Pahang melalui Mesyuarat MPN Pahang baru-baru ini dan telah disahkan oleh AMK Pusat.

Ketua AMK Pahang, Sdr Wong (kiri) bersama Adun Beserah dari PAS, YB Andansura dan petugas dari Unit Amal membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini


Pemilihan beliau adalah berdasarkan ketokohan serta bakat kepimpinan yang telah beliau tunjukkan sepanjang penglibatan beliau di dalam politik, lebih-lebih lagi apabila menyumbangkan khidmat baktinya bagi membantu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung selaku Ketua Cabang Indera Mahkota.  Sebelum PRU 13 lagi, anak muda ini tidak pernah kenal erti penat lelah di dalam membantu KEADILAN menyampaikan agenda perubahan kepada masyarakat.

Beliau turut mempunyai bakat di dalam menyampaikan pidatonya dan berkebolehan berbahasa Kebangsaan dengan baik di samping menguasai Bahasa Inggeris.  Kebolehan yang ada pada dirinya menjadikan beliau tidak merasa kekok untuk berdamping dengan masyarakat dari berbagai bangsa.  Bakat kepimpinan yang ada pada 'guru'nya iaitu YB Lee Chean Chung telah mampu diwarisinya dan tidak mustahil satu hari nanti anak muda ini akan muncul sebagai pemimpin di masa akan datang.

Bersama Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di Pusat Pemindahan banjir di Indera Mahkota baru-baru ini

Pemilihan beliau sebagai Ketua AMK Pahang sekaligus melenyapkan tanggapan pihak yang mendakwa KEADILAN banyak dimonopoli oleh kaum Melayu khususnya di peringkat pimpinan muda.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga adalah salah seorang Exco di peringkat AMK Pusat.  Sdr Wong juga satu-satunya Ketua AMK yang bukan berbangsa Melayu di Semenanjung Malaysia dan ini merupakan satu keistimewaan buat anak muda ini.

Namun, selaku Ketua AMK Negeri Pahang beliau akan menggalas tugas yang amat berat iaitu mendapatkan sokongan anak-anak muda di negeri ini untuk bersama KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat.  Semestinya kawasan-kawasan Felda akan menjadi tumpuan AMK Pahang kerana Negeri Pahang kebanyakan Parlimennya memiliki kawasan felda yang sukar untuk ditembusi.  Ini lah cabaran terbesar buat beliau selaku Ketua AMK.  Namun, kita penuh yakin dengan bantuan dan kerjasama kita semua di peringkat negeri dan Cabang, beliau mampu menggalas amanah ini dengan efisyen.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdr Wong.  Semoga beliau berjaya dan mampu menaikkan imej KEADILAN Pahang ke tahap yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment