KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, February 26, 2015

BEBASKAN ANWAR - JOM SERTAI PETISYEN INI

54,000 sertai petisyen kepada Obama, anda bila lagi?

(Oleh Ermizi Muhamad)

KUALA LUMPUR 25 FEB: Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Akmal Nasir menyeru rakyat Malaysia menyertai petisyen atas talian terhadap Barack Obama supaya Presiden Amerika itu (AS) itu memainkan peranan membebaskan Saudara Anwar Ibrahim.

 
 
Katanya, penyertaan itu bukan hanya untuk pembebasan Anwar tetapi melibatkan soal prinsip demokrasi serta hak asasi yang memerlukan sokongan rakyat khususnya golongan muda.

“Keadilan inilah yang perlu diberikan penumpuan bagi membebaskan individu yang menjadi tahanan politik kepada kerajaan Barisan Nasional,” kata Akmal dihubungi.

Petisyen yang dimulakan oleh bekas duta AS ke Malaysia, John Malott itu sehingga berita ini ditulis berjaya mengumpulkan hampir 54,000 tandatangan daripada 100,000 jumlah yang disasar.

Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes Fitnah II itu layak disemak White House sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Mengulas lanjut, Akmal menegaskan, perbicaraan Fitnah II dan sabitan bersalah ke atas Anwar bermotifkan politik bagi menjatuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

“Kami berpendirian teguh bahawa Anwar hanyalah mangsa kepada kezaliman dan inilah yang perlu ditentang rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, kebangkitan dan sokongan rakyat diharap dapat mengembalikan prinsip negara demokrasi sebagaimana prinsip perlembagaan negara ini yang dikatakan tidak mengenepikan suara rakyat.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Antara lain, petisyen itu menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas ‘tuduhan yang direka-reka’.

Orang ramai boleh menyertai petisyen tersebut DI SINI.

No comments:

Post a Comment