KEADILAN Pahang menyeru kepada semua ahli dan para penyokong PR termasuk juga yang tidak berparti untuk bersama-sama bersolidariti terhadap perjuangan membela nasib warga Felda di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Januari 2015 (Jumaat) jam 08.00 pagi.
YB Sivarasah Rasiah - Peguam |
Kepada warga felda khususnya dijemput untuk sama-sama memberikan sokongan moral kepada peguam Sivarasah dan Ketua Cabang Jerantut, Sdr Razali Ithnin yang kes beliau dituduh memberikan ucapan fitnah berkaitan isu-isu Peneroka akan diputuskan pada tarikh tersebut.
Sdr Razali Ithnin - KC Jerantut |
Kedua-dua pemimpin ini telah berani menyuarakan suara para peneroka yang semakin terhimpit dan kini mereka terpaksa menghadapi risiko terhadap apa yang telah mereka dedahkan. Sekiranya kedua-dua pemimpin ini berani mengambil risiko sedemikian rupa hingga ke peringkat menghadapi pendakwaan di mahkamah, adakah kita sebagai para peneroka tidak mampu bangkit sekadar memberikan sokongan moral?
Sehubungan itu, datanglah beramai-ramai pada tarikh tersebut kerana tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk menyuarakan permasalahan warga felda melainkan pimpinan dari PR. Mohon hebahkan kepada rakan-rakan anda semua.
No comments:
Post a Comment