KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, February 18, 2015

MPN PAHANG MENZIARAHI KAK WAN DAN TURUN BERSOLIDARITI

Pada petang semalam (Selasa - 17/2/15), MPN KEADILAN Negeri Pahang telah mengatur rombongan untuk menziarahi Presiden, Datin Seri Wan Azizah di kediamannya di Segambut, KL.  Kunjungan ini adalah bagi melahirkan rasa sedih dan dukacita KEADILAN Pahang terhadap nasib yang menimpa keluarga Kak Wan, di mana suaminya seorang tokoh Reformasi negara yang juga Ketua Umum KEADILAN telah dizalimi dan terpenjara angkara fitnah dan konspirasi politik.



Rombongan dari MPN diketuai oleh Pengerusinya, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Zakaria (MPP), Sdr Bostamim (Naib Pengerusi MPN), Sdr Kamarzaman (SU MPN) dan ramai lagi pimpinan Cabang serta ahli-ahli Cabang yang turut serta.  Menyambut ketibaan rombongan adalah Kak Wan sendiri dan juga anak lelakinya, Ehsan.  

Selepas berkunjung ke rumah Kak Wan, kesemua ahli rombongan terus berkejar ke Sg Buluh di hadapan penjara untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di samping menunjukkan bantahan terhadap kezaliman rejim yang memenjarakan tokoh reformasi kesayangan rakyat ini.  Sebelum ini, MPN telah mengeluarkan kenyataan media mengutuk dan mengecam atas tindakan yang tidak bertamadun yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim untuk mereka membunuh kerjaya politiknya.



KEADILAN Pahang akan terus memperjuangkan nasib Ketua Umum dengan apa cara sekalipun dan siri penerangan akan dijalankan ke seluruh pelusuk negeri Pahang, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment