Malam ini, Ahad (01/3/15) jam 08.30 malam, anak-anak muda dijemput untuk bersantai bersama Ketua AMK, YB Nik Nazmi beserta Ketua AMK Pahang, Sdr Wong.
Program bertemakan "Santai Anak Muda #Kita Lawan" adalah salah satu program dari AMK Pahang bagi merapatkan ukhwah di kalangan anak-anak muda di samping memperjelaskan mengapa kita lawan kezaliman terutamanya yang terjadi ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ramai di kalangan anak-anak muda yang mengetahui dengan jelas episod fitnah yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim sebermula tahun 1998 hingga saat ini memandangkan anak-anak muda kini mudah mendapat maklumat dari media internet. Namun, terdapat juga segelintir anak-anak muda yang kurang arif apa yang terjadi dan tidak kurang juga yang tidak mengambil tahu tentang situasi politik tanahair. Sehubungan itu, AMK Pahang merasa bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak muda ini kerana negara kita tidak akan berjaya dibangunkan dengan sistem keadilan yang luhur tanpa penglibatan anak-anak muda.
AMK Pahang menyeru kepada semua anak-anak muda untuk hadir program malam ini. Mohon hebahkan.
No comments:
Post a Comment