KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, January 22, 2015

ANWAR KONSISTEN LAWAN RASUAH BUKAN BERPIHAK KEPADA NAJIB

Tindakan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tegas bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM bagi menyiasat bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin baru-baru ini menimbulkan banyak spekulasi.  Terdapat pro dan kontranya terhadap kenyataan tokoh reformasi itu.

Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim tentunya menyokong tindakan beliau tersebut.  Kita sepatutnya merasa bangga di atas kenyataan tegas beliau itu kerana isu rasuah atau penyelewengan tidak harus disembunyikan atau dibiarkan meskipun kadangkala menguntungkan sesetengah lawan politik kita.  Mungkin ada yang merasakan tindakan Anwar itu seolah-olah Anwar kini bersama Najib yang ingin menjatuhkan kumpulan Mahathir yang nampaknya semakin kuat berusaha untuk menjatuhkan Najib.  Apakah benar tindakan Anwar itu menguntungkan Najib atau lebih memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat?

Seharusnya Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari isu ini bagi menunjukkan bahawa sememangnya Umno sejak dahulu telah mengamalkan amalan songsang ini.  Daim adalah bekas pemimpin Umno, begitu juga Mahathir.  Najib juga pemimpin Umno.  Ertinya, Anwar bertindak seperti ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno sepatutnya lebih awal ditolak oleh rakyat.  Isu berkenaan Anwar seolah-olah bersama Najib untuk menyerang Tim Mahathir ternyata tidak masuk akal apatah lagi untuk menuduh Anwar mahu simpati Najib di dalam keputusan kes fitnah Liwat II beliau yang bila-bila masa sahaja akan diputuskan.

Dalilnya, bukankah Anwar baru-baru ini juga menyerang Najib di dalam isu 1 MDM bahkan sehingga sekarang Anwar dan KEADILAN terus menyuarakan isu ini.  Isu 1 MDB bukan masalah Daim mahu pun Mahathir, tetapi ini masalah kepimpinan Umno di bawah Najib.  Adakah wajar kita mendakwa waktu ini Anwar berpihak kepada Tim Mahathir?

Sehubungan itu, kita seharusnya melihat kepada isu sebenar.  Isu di hadapan kita sekarang adalah isu rasuah dan penyelewengan yang berterusan diamalkan oleh Umno.  Rakyat harus menilai adakah  wajar Umno terus dipertahankan lagi? 


No comments:

Post a Comment