KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, January 7, 2015

ANWAR IBRAHIM TURUN MENEMUI MANGSA BANJIR DI PAHANG PULA

Pahang adalah salah sebuah negeri yang teruk dilanda banjir baru-baru ini selain dari Kelantan.  Daerah yang paling teruk dilanda banjir di Negeri Pahang adalah Pekan, Temerloh, K.Krau, Bera termasuk juga Kuantan, Indera Mahkota, Rompin dan Paya Besar.  Namun demikian, bagi kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar tidaklah mengalami banjir yang seteruk tahun lalu.

MB Selangor, YAB Azmin Ali telah berkunjung ke negeri ini bagi menyalurkan bantuan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM100, 000 selepas beliau mengadakan lawatan ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi tujuan yang sama kecuali Kelantan yang mendapat bantuan sebanyak RM 1 Juta memandang keadaan banjir di negeri tersebut agak kritikal.

Kunjungan MB Selangor telah disambut oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta kesemua Wakil Rakyat KEADILAN dan pimpinan Negeri Pahang.


Semalam , Selasa (06/1/15) Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah pula berkunjung ke Negeri Pahang.  Turut serta Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Daroyah Alwi beserta Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa.  Jika YAB Azmin Ali bertemu mangsa-mangsa banjir sekitar Pahang Timur, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula berkunjung ke kawasan Pahang Tengah dan Barat terutamanya di kawasan paling teruk dilanda banjir.  



Di antara kawasan yang sempat dikunjungi oleh Ketua Umum dan Presiden adalah di Kawasan Temerloh (Paya Pulai) dan di Daerah Bera (Kg Mengkarak).  Di Kawasan Pahang Tengah, Temerloh kehadiran Ketua Umum disambut oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang Temerloh, Sdr Jamil Yaakob dan pimpinan tempatan.  



Dato' Seri Anwar bertemu dengan mangsa-mangsa banjir, mendapatkan taklimat ringkas dari pimpinan setempat.  Beliau juga sempat melawat di beberapa kawasan sekitar Temerloh untuk melhat sendiri situasi yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. 

Ketua Umum dan Presiden serta rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Daerah Bera (Kg Mengkarak).  Kunjungan beliau disambut oleh Ketua Cabang Bera yang juga Ahli MPP, Sdr Zakaria Abdul Hamid.  Seperti juga di Temerloh, Ketua Umum dan Presiden melawat di beberapa kawasan yang dilanda banjir dan mendapatkan taklimat ringkas dari pimpinan tempatan.



MPN KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden ke negeri ini.  Keprihatinan mereka terhadap nasib rakyat negeri ini yang dilanda musibah banjir kali ini akan dapat menyuntik semangat KEADILAN negeri ini khususnya untuk terus berjuang membela nasib rakyat.  Di samping itu, kunjungan pimpinan utama Parti KEADILAN ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir tahun ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat mangsa-mangsa banjir.


No comments:

Post a Comment