KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, January 11, 2015

MB SELANGOR MENEMUI MANGSA-MANGSA BANJIR DI BERA DAN K.KRAU HARI INI

Hari ini, Ahad (11/1/2015) sekali lagi MB Selangor yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Azmin Ali akan berkunjung ke Pahang.  Sebelum ini, beliau telah pun turun ke Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di dalam misi Kerajaan Negeri Selangor melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen tersebut di samping menyerahkan bantuan kewangan untuk mangsa-mangsa banjir sejumlah RM 100 Ribu kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Pagi nanti, lebih kurang jam 09.15 pagi, rombongan MB Selangor akan tiba di Kg Durian Tawar di dalam Dun Guai, Parlimen Bera.  YAB Azmin Ali akan bersarapan pagi bersama mangsa-mangsa banjir serta petugas-petugas/Sukarelawan Banjir di kampung tersebut.  Selepas itu beliau dan para petugas akan bergotong- royong membaiki rumah warga emas dan membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan.

Pada jam 12.30 tengahari pula, rombongan MB Selangor akan ke Dun Jenderak, Parlimen K.Krau bertempat di Taman Seri Desa, K.Krau.  Beliau bersama para sukarelawan akan bergotong royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di taman perumahan berkenaan.  

Selepas Solat Zohor dan makan tengahari, rombongan MB Selangor akan bergerak balik ke Selangor.

Sehubungan itu, semua AJK Cabang dan ahli-ahli KEADILAN di kedua-dua Cabang Bera dan K.Krau diminta dapat menghadirkan diri pada sesi lawatan MB Selangor hari ini.  Bagi mereka yang berada di sekitar Bera dan K.Krau juga digalakkan hadir bagi meraikan kunjungan MB Selangor.

Sebarang maklumat berkaitan, sila berhubung dengan KC Bera, Sdr Zakaria (019-2340997) dan Pn Dasimah (019-9619650).  Bagi kawasan K.Krau, sila berhubung dengan KC K.Krau, Sdr Azmi (013-9778498).


No comments:

Post a Comment