KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, October 24, 2014

ANWAR DI KEDAH, PENANG BERI AMARAN PADA BN, TUNGGU PULA ANWAR KE MARAN, PAHANG PADA 25 OKT INI

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) beranggapan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkah perjuangan Pakatan Rakyat.


Katanya, perjuangan rakyat yang dipelopori Pakatan hampir kepada kejayaan dan ini amat merisaukan BN sehingga terpaksa memperalatkan sistem perundangan negara.

“Mereka guna semua alat yang ada termasuk Akta Hasutan bagi menyekat rakyat untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai ketirisan, korup, curi tanah, curi wang rakyat yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan,” katanya ketika berucap di Dewan Lip Seang Khor, di sini semalam.

Lebih 2,000 hadirin yang memenuhi ruang dewan tersebut tetap tidak berganjak untuk mendengar amanat Anwar yang turut disertai oleh kepimpinan PR Kedah.

Anwar dalam ucapannya berkata, pembangkang di negara ini menerima pelbagai tekanan apabila mengkritik dan mendedahkan salah laku kerajaan.

“Kalau cakap banyak, melawan kerajaan, membongkar penipuan mereka, menceritakan kezaliman pemerintah, rakyat akan dibuli dan diheret ke sel. Jika orang Umno dan BN maki rakyat, hina rakyat, zalimi rakyat sudah pasti mereka bebas semahu mereka tanpa didakwa,” tambahnya lagi.


Beliau juga menggesa rakyat bangkit meneruskan perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan BN meskipun beliau dipenjarakan.

“Biarpun saya disumbat oleh Umno dan BN ke sel Kajang atau Sungai Buloh, namun rakyat wajib terus berjuang. Tentang habis habisan kerajaan zalim dan tidak adil yang sedang memerintah negara ini.

“Teruskan perjuangan bagi generasi dan anak cucu kita yang akan datang, supaya mereka juga tidak akan menjadi mangsa kezaliman kerajaan Umno dan BN,” jelasnya lagi sambil tepukan gemuruh pada hadirin.

Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Ketua pembangkang negeri Kedah, Datuk Ir Amirruddin Hamzah dan pimpinan DAP Kedah.

Anwar di Seberang Jaya, Penang

No comments:

Post a Comment