KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 23, 2013

Penipuan BN, Pakatan Rakyat tidak akan menyerah – Anwar Ibrahim

ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.

“Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah.

 
 
“Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus,” kata Anwar.

“Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu.

“Kabinet ‘recycle’ yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui,” kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini.
“Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu.

“Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?  “Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?” kata Anwar.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah.

Keadilandaily

No comments:

Post a Comment