KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, May 14, 2013

"BLACK 505" SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - MENGAPA KITA BANTAH KEPUTUSAN PRU 13 ? JAWAPANNYA MALAM INI DI MAHKOTA AMAN

 
 
Pengarah Strategi KEADILAN, Sdr Rafizi Ramli yang baru sahaja memenangi Kerusi Parlimen Pandan di dalam PRU 13 baru-baru ini telah dipertangungjawabkan untuk mengumpul segala bahan bukti dan fakta berkaitan penipuan atau salahlaku sepanjang kempen dan hari pengundian sehingga ke hari perjumlahan undi PRU 13 yang telah diadakan pada 05 Mei 2013 yang lalu.

Sehingga kini, sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.  Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenal pasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.
 
Sehubungan itu, adalah tidak wajar pemimpin Umno mendakwa bahawa Pakatan Rakyat enggan membawa kes-kes berkenaan melalui Petisyen Mahkamah di dalam tempoh 21 hari selepas hari keputusan PRU 13 diumumkan.  Kami sememangnya serius untuk membantah beberapa keputusan yang jelas dan nyata amat meragukan ini melalui proses mahkamah.
 
Ada yang bertanya, mengapa perlu diadakan perhimpunan demi perhimpunan selepas PRU 13?  Ingin ditegaskan, walaupun proses undang-undang akan dilaksanakan namun di dalam masa yang sama amat penting untuk kami di dalam Pakatan Rakyat menjelaskan kepada rakyat mengapa Petisyen dan bantahan ini dibuat.  Kami tidak memiliki media perdana sebagaimana yang dikawal oleh Umno/Bn, sehubungan itu kami ingin menjelaskan kepada seluruh rakyat yang majoritinya telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan mengapa kami perlu bantah keputusan PRU 13.  
 
Maka dengan sebab itu kami mengadakan program bertemu rakyat di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak agar mereka memahami mengapa Pakatan Rakyat masih belum boleh menerima keputusan yang 'ajaib' dan tidak masuk akal itu.
 
Malam ini, tiba giliran rakyat Negeri Pahang pula untuk mendengar apakah yang bakal diterangkan oleh pimpinan.  Program pada malam ini telah kami maklumkan kepada pihak berkuasa dan juga telah mendapat kebenaran dari pihak PASTI di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan untuk mengunakan perkarangan PASTI tersebut.  Kami berharap pihak berkuasa boleh bertolak ansur dengan memberikan kerjasama kepada kami apatah lagi di dalam beberapa program sebelum ini di tempat yang sama kami mempunyai rekod yang amat baik tanpa sebarang kekacauan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.
 
Kepada pihak luar, kami ingin memberikan amaran bahawa kami tidak akan melayani sebarang bentuk provokasi kerana kami yakin pihak berkuasa akan bertindak adil bagi menjamin keselamatan orang ramai.  Kami juga telah membentuk Pasukan Keselamatan yang akan sentiasa membantu pihak berkuasa bagi menentukan program pada malam ini berjalan dengan baik dan lancar.
 
Rakyat seluruh Negeri Pahang dijemput hadir pada malam ini dengan bepakaian HITAM sebagai tanda bantahan dan rasa dukacita kita terhadap sistem Pilihanraya di negara ini.  Kepada mereka yang hadir, sila patuhi arahan pegawai-pegawai keselamatan kita dan pihak berkuasa di samping sentiasa mengekalkan disiplin dan adab kita sepanjang program berjalan.
 
Mohon hebahkan. 

No comments:

Post a Comment