Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh ahli MPN, mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Pahang keseluruhannya yang telah hadir pada Perhimpunan Rakyat Pahang "Black Out 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" yang telah diadakan pada 14 Mei 2013 bertempat di Dataran Rakyat, Markas Gerakan Parlimen Indera Mahkota, Beserah, Kuantan baru-baru ini.
Walaupun lokasi program telah diubah disaat-saat akhir, namun kepantasan kita bersama menyalurkan maklumat melalui berbagai cara telah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat Pahang pada malam tersebut. Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya malam itu turut menyampaikan tahniah kepada semua kerana berjaya berhimpun walaupun pihak mereka telah melakukan berbagai cara untuk menggagalkan perhimpunan yang dirancang.
Kami percaya, tanpa kerja keras rakan-rakan kita termasuk dari Pakatan Rakyat yang telah memberikan komitmen yang tinggi, mustahil program malam itu dapat dijalankan dengan sempurna. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana sepanjang program berjalan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Terima kasih juga buat unit-unit keselamatan samada dari SAMM dan Unit Amal dari PAS yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik efisyen.
Mudah-mudahan kerjasama seperti ini akan dapat dipertahankan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.
Pada 27/5/2013, Penyelaras Program Sdra. Kamarzaman bin Mohamed Yunus (TSU) didakwa di Mahkamah Kuantan dikatakan meneruskan program tanpa mendapat kelulusan pihak Polis, Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 27/6/2013 di Mahkamah Seksen Kuantan, Indera Mahkota 8.00 pagi, rakan-rakan dalam parti PR dijemput hadir pada masa tersebut.
ReplyDelete