KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, May 26, 2013

HIMPUNAN RAKYAT #BLACK 504 DI PETALING JAYA MALAM TADI - AMARAN BUAT NAJIB



Himpunan Rakyat #Black 505 yang bermula pada petang semalam (25 Mei 2013) sehingga jam 12.00 malam tadi bertempat di Dataran Armcop Mall, Petaling Jaya telah dihadiri tidak kurang dari 70, 000 orang yang mula memenuhi kawasan dataran seawal jam 02.00 petang.

Himpunan yang dianjurkan oleh lebih 50 NGO itu turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat dan juga dari pimpinan NGO serta artis-artis dengan menampilkan tokoh utama, Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku pemidato terakhir.  Artis Abby Abadi, Dayangku Intan dan Leman Raja Lawak juga turut tampil dipentas untuk memberikan sedikit ucapan menyokong perhimpunan yang diadakan.

Tujuan Penganjur mengadakan perhimpunan itu adalah:

* Menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
* Menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
* Menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya menyatakan bahawa rakyat wajib bangkit untuk menentang segala penipuan pilihanraya agar sistem demokrasi di negara ini dapat dipulihkan.  Beliau tidak takut kepada sebarang ugutan demi untuk bersama rakyat berjuang membantah amalan memanipulasikan keputusan PRU yang lalu.  Pengerusi SPR mesti meletakkan jawatannya segera kerana terbukti gagal menjalankan amanah yang diberikan sehingga memalukan imej negara ini.



Beliau turut meminta semua rakyat yang menyedari bahawa mereka tertipu dengan dakwat kekal agar membuat laporan polis segera kerana ianya penting untuk membuktikan bahawa sememangnya SPR gagal menguruskan PRU 13 baru-baru ini .  Salinan report hendaklah diserahkan kepada pejabat parti masing-masing untuk dikumpulkan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap penuh semangat
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard pula dengan tegas memberikan amaran bahawa rakyat bersedia untuk ke Dataran Merdeka pula selepas ini jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan-tuntutan seperti di atas.


No comments:

Post a Comment